suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ini cara Gen Z kerja” - Isu 7 tahun selesai 2 hari, Mukhlis Mubin teruja PM ‘sign’ surat bantu nelayan Kuala Linggi

Mukhlis Mubin bertemu Kamil (dua dari kanan) bagi menyelesaikan isu kewangan yang melanda komuniti nelayan.

ISU kewangan yang menghimpit komuniti nelayan selama tujuh tahun berjaya diselesaikan dalam tempoh dua hari sahaja menerusi tindakan pantas calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah.

Lebih dikenali sebagai Mukhlis Mubin, calon berusia 23 tahun itu menjelaskan permasalahan yang dihadapi Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Barat mendapat perhatian segera selepas dia membawa isu itu kepada Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Kamil Munim di Parlimen.

"Sebaik mendengar isu yang dibawa, beliau terus mendapatkan perhatian Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sendiri.

"Alhamdulillah, Perdana Menteri turut menurunkan tandatangan pada surat tersebut bagi tindakan susulan seterusnya, Insya-Allah," katanya menerusi perkongsian di media sosial.

Menerusi hantaran video [Tonton Video], Mukhlis Mubin berkata antara perkara yang dibangkitkan termasuk tunggakan cukai dan penalti terhadap persatuan berkenaan, yang mewakili kira-kira 228 ahli nelayan.

Mukhlis Mubin turut mengalu-alukan komuniti nelayan Kuala Linggi yang berdepan sebarang masalah supaya menghubunginya bagi mendapatkan bantuan serta mengenal pasti saluran yang sesuai untuk menyuarakan isu mereka.

“Semalam orang kampung suarakan, hari ini kita terus gerakkan penyelesaian.

“Kalau perlu sampai ke meja Perdana Menteri sekalipun, saya sanggup redah demi Kuala Linggi. Ini cara bagaimana Gen Z bekerja,” katanya.

Untuk rekod, nama Mukhlis Mubin mula menjadi tumpuan ramai selepas dinamakan sebagai calon termuda bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2026.

Calon parti Amanah itu merupakan bekas juara pidato antarabangsa ketika bergelar mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Artikel Lain