suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trofi bukan ukuran kehebatan, Sofia Jane sentuh isu pelakon berbakat tiada pencalonan FFM

Sofia

PERDEBATAN mengenai senarai pencalonan Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) yang didakwa tidak menampilkan beberapa individu berbakat dalam kelompok lima calon terbaik bukan sesuatu yang asing dalam industri seni.

Bagi pelakon Datin Sofia Jane, dia sendiri tertanya-tanya apabila melihat nama individu yang diminati tidak tersenarai dalam pencalonan meskipun hasil kerja mereka mendapat perhatian.

Bagaimanapun, Sofia atau Sofia Jane Hisham, 54, berkata, dia tidak berhak mempertikaikan keputusan berkenaan kerana bukan sebahagian daripada juri yang bertanggungjawab membuat penilaian.

Sofia berpendapat karya terbaik tidak hanya ditentukan dengan kemenangan trofi.

"Saya juga ada perasaan begitu. Kadang-kadang, apabila melihat pencalonan, saya sendiri tertanya-tanya mengapa individu itu tidak dicalonkan, sedangkan saya sangat menyukai hasil kerjanya.

"Tetapi, saya bukan juri, jadi saya tidak boleh mempertikaikan mengapa nama mereka ada atau tiada," katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Sofia memberitahu ketiadaan nama seseorang pelakon atau pengarah dalam kelompok lima calon terbaik tidak bermakna hasil kerja mereka tidak berkualiti atau kurang mendapat tempat dalam kalangan penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin tak kejar anugerah, kekal tenang nama tidak tercalon FFM35

ARTIKEL BERKAITAN: Sofia Jane persoal isu ‘demand’, tak salah pelakon tuntut karya berkualiti

Malah, menurutnya ada individu yang tidak berjaya meraih kemenangan meskipun tercalon, namun perkara itu tidak menghalang mereka daripada terus berkarya dan mengembangkan bakat dalam industri.

"Mungkin ada beberapa pelakon, penulis atau pengarah yang tidak tercalon sebagai Top 5, tapi kita tahu semua orang suka dengan karya mereka.

"Ramai pelakon yang dicalonkan tetapi tidak menang, namun itu tidak menghalang mereka daripada terus bekerja. Akhirnya, kita tetap meneruskan kerja seperti biasa.

"Mungkin kita terkilan apabila mereka tidak dicalonkan, tetapi saya tahu individu itu memang hebat dalam bidangnya dan saya tetap menantikan karya-karya seterusnya," ujarnya.

Sofia tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Malam Terlarang.

Sofia yang tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik itu bagaimanapun berpendapat situasi sedemikian bukan hanya berlaku dalam industri filem tempatan, sebaliknya turut menjadi sebahagian daripada perdebatan di festival filem seluruh dunia.

Jelasnya, pengiktirafan menerusi trofi bukanlah satu-satunya ukuran terhadap kemampuan atau kehebatan seseorang penggiat seni.

"Bagi saya, perkara ini berlaku di mana-mana festival di seluruh dunia. Malah, ada kalanya seseorang itu terlalu bagus sehingga bakatnya tidak memerlukan pengiktirafan trofi pun," katanya.

Artikel Lain