PELAKON Zul Ariffin kekal tenang meskipun namanya tidak tercalon dalam mana-mana kategori pada Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35).Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 39, menyifatkan pencalonan dan kemenangan anugerah sebagai bonus dalam kerjaya seorang pelakon, namun itu bukanlah matlamat utama yang perlu dikejar. Sebaliknya, dia berpendapat perkara lebih penting adalah memberikan persembahan terbaik serta menghasilkan karya berkualiti untuk tontonan dan hiburan masyarakat.“Bagi saya, pencalonan dan anugerah merupakan bonus dalam kerjaya seseorang pelakon. Ia bukan matlamat utama kita berada dalam industri ini.Zul berkongsi perkara itu ketika ditemui media. “Perkara paling penting adalah memberikan persembahan terbaik dan menghasilkan karya untuk tontonan serta hiburan masyarakat.“Kalau ada pencalonan, Alhamdulillah. Kalau tidak ada pun, Alhamdulillah. Ia bukan sesuatu yang akan membuatkan saya terlalu kecewa,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana filem Pemuja Syaitan di Kuala Lumpur pada petang Rabu.Menurut Zul, dia sudah beberapa tahun berpegang pada pendirian tersebut dan lebih mengutamakan peluang untuk terus bekerja serta memastikan lakonannya mendapat sambutan penonton.Malah, dia bersyukur apabila masih menerima tawaran daripada pihak produksi dan mendapat sokongan penonton meskipun industri kini semakin dibanjiri pelakon generasi baharu.ARTIKEL BERKAITAN: Kisah cinta lama dengan Zul Ariffin diungkit, Abby Abadi nafi kena ‘dump‘... “Saya yang tinggalkan“ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin tak suka sikap artis ‘makan’ rakan sendiri, enggan pelakon baharu lalui pengalaman sama“Pada usia saya sekarang, apabila masih ada pihak produksi yang mahu mendapatkan khidmat saya dan penonton masih menerima hasil kerja saya, itu sudah cukup membuatkan saya bersyukur.“Saya masih mempunyai tanggungjawab dan perancangan untuk menjalani penggambaran pada tahun hadapan. Itulah perkara yang lebih membuatkan saya teruja,” ujarnya.Dalam pada itu, Zul menegaskan dia tidak pernah menjadikan anugerah sebagai sasaran utama sepanjang bergelar pelakon, sebaliknya sentiasa berusaha meningkatkan mutu lakonannya dari semasa ke semasa.Katanya, terlalu mengharapkan pengiktirafan boleh mengundang kekecewaan, terutama apabila seseorang meletakkan harapan tinggi untuk memenangi sesuatu anugerah. Perkara paling penting adalah memberikan persembahan terbaik.ZUL ARIFFINPELAKON“Saya kejar anugerah? Saya tak kejar anugerah. Tapi bukan bermakna saya tidak menghargai anugerah, tetapi apa yang saya kejar ialah peningkatan mutu kerja dari semasa ke semasa.“Kalau kita terlalu mengejar anugerah, itu sebenarnya boleh menjadi resipi untuk mengecewakan diri sendiri.“Bayangkan kalau kita terlalu mengharapkan sesuatu anugerah tetapi akhirnya tidak mendapatnya. Anugerah pula bukannya diadakan setiap bulan. Kebanyakannya hanya berlangsung setahun sekali,” jelasnya.Dia yang pernah merangkul trofi FFM sebanyak dua kali menerusi edisi ke-26 dan ke-31, mengakui kejayaan tersebut memberikan kepuasan serta motivasi untuk terus berkarya.Dia bagaimanapun berpendapat pengiktirafan yang diterima bukan bermakna seseorang pelakon sudah mencapai tahap sempurna sehingga tidak lagi perlu memperbaiki kelemahan diri.Zul tidak pernah mengejar sebarang anugerah dalam industri. “Selepas menerima anugerah, kita tetap perlu memperbaiki hasil kerja. Bukan bermakna apabila sudah menang anugerah, lakonan kita terus menjadi sempurna.“Pengarah tetap boleh menegur kita. Bukannya selepas menerima trofi, tiba-tiba pengarah tidak boleh memberikan teguran,” kongsinya.Tambahnya, kejayaan tersebut juga tidak bergantung kepada pelakon semata-mata, sebaliknya merupakan hasil usaha seluruh pasukan termasuk mereka yang bekerja di belakang tabir.“Kalau boleh, saya mahu semua anugerah diberikan kepada pasukan yang bekerja di belakang kamera.“Mereka sebenarnya bekerja jauh lebih keras daripada kami yang berada di hadapan kamera. Bagi saya, merekalah wira sebenar dalam industri ini,” katanya.Sebelum ini, ketiadaan nama Zul dalam senarai pencalonan FFM35 mencuri perhatian apabila empat filem lakonannya iaitu Malam Terlarang, Tarung Unforgiven, The Furious dan Magik Rompak tercalon dalam festival berkenaan.