suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jerebu makin teruk! Indonesia hantar bas oksigen percuma bantu penduduk alami masalah pernafasan

Sebuah bas oksigen bergerak disediakan oleh pihak berkuasa tempatan ketika keadaan jerebu akibat kebakaran hutan. -Foto Reuters

AKIBAT kebakaran hutan yang masih belum reda hingga menyebabkan asap jerebu tebal, sebuah bas khas yang dilengkapi tangki oksigen disediakan untuk penduduk mendapatkan bantuan pernafasan di Palangka Raya, Kalimantan Tengah, Indonesia

Inisiatif berkenaan digerakkan ekoran peningkatan mendadak kes penyakit berkaitan saluran pernafasan di kawasan terjejas.

Menerusi perkhidmatan itu, penduduk boleh mendapatkan bantuan oksigen secara percuma dengan menggunakan tiub kecil yang diletakkan pada hidung selama lima hingga 10 minit bagi setiap sesi.

Jabatan Kesihatan Wilayah Kalimantan Tengah menerusi satu kenyataan memaklumkan perkhidmatan berkenaan bertujuan memudahkan orang ramai mendapatkan oksigen, khususnya mereka yang mengalami masalah pernafasan atau memerlukan bantuan oksigen ketika kualiti udara berada pada tahap tidak sihat.

Keadaan jerebu yang semakin membimbangkan turut dapat dilihat menerusi bacaan indeks pencemaran udara di beberapa kawasan di Kalimantan dan Sumatera yang melebihi 1,000.

Kementerian Kesihatan Indonesia pula melaporkan kira-kira 350,000 kes penyakit pernafasan berkaitan kebakaran hutan direkodkan dari Ogos hingga 25 Oktober.

Daripada jumlah itu, Kalimantan Tengah mencatatkan kira-kira 31,000 kes sehingga 25 Oktober.

Seorang penduduk, Oktawina, 44, yang mendapatkan bantuan oksigen menyifatkan apa yang berlaku ketika ini merupakan bencana alam yang sukar dikawal.

Seorang lagi penduduk yang dikenali sebagai, Purnasari, 31, pula berkata dia sering mengalami sakit dada dan batuk sejak kebelakangan ini.

"Jika saya keluar rumah, dada terasa sesak dan saya batuk. Asap tebal berwarna kekuningan menyebabkan saya sukar bernafas," katanya.

Menurut seorang petugas bas bantuan oksigen tersebut, Yuda, kebanyakan penduduk yang datang mendapatkan bantuan mengalami batuk atau kesukaran bernafas.

Sementara itu, ratusan pelajar dilaporkan mengadakan demonstrasi di pejabat gabenor wilayah pada minggu lalu bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan lebih menyeluruh untuk menangani kebakaran hutan yang berterusan.

Laman berita tempatan, Kompas, melaporkan para pelajar berkenaan menuntut tindak balas yang lebih berkesan susulan keadaan kebakaran yang semakin membimbangkan. -Agensi 

Artikel Lain