suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serik tanam benang, Nita Gunawan sanggup berhabis duit ‘betulkan muka’ di China

Nita tidak mahu lakukan tanam benang dan suntikan pengisi (filler) lagi.

PELAKON Nita Gunawan mengakui serik melakukan prosedur kecantikan tanam benang dan suntikan pengisi (filler) sehingga mengakibatkan masalah pada bahagian hidungnya.

Kata Nita, tindakan menjalani prosedur yang sama berulang kali menyebabkan tisu di dalam hidungnya mengalami kerosakkan sehingga membentuk benjolan.

Menurutnya, keadaan itu bukan sahaja menjejaskan penampilan, malah wajahnya juga kerap bengkak secara tiba-tiba, terutama ketika kurang sihat atau terlalu letih.

Wajah Nita sebelum pembedahan.

“Baru-baru ini hidung saya mempunyai benjolan kerana tisu di dalamnya sudah rosak.

“Semua benang yang ada pada hidung saya dibuang dan bahagian itu turut diperbaiki,” katanya memetik laporan Detik Hot.

Berkongsi lanjut, Nita mengambil keputusan menjalani pembedahan pembinaan semula hidung di Shanghai, China, bagi membuang sisa benang serta bahan pengisi yang terdapat pada wajahnya.

Jelasnya, dia sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan juta rupiah bagi menjalani pembedahan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nita Gunawan idam lelaki ‘bad boy’, lebih menarik dan tak membosankan

ARTIKEL BERKAITAN:  Didakwa ada hubungan dengan Raffi Ahmad, Nita Gunawan anggap gosip hanya rekaan netizen

“Memang kosnya sekitar ratusan juta rupiah kerana saya perlu membuang semuanya. Saya juga terpaksa menyimpan wang terlebih dahulu.

“Mahupun terpaksa, saya perlu mengeluarkan wang demi kesihatan sendiri,” ujarnya.

Mengulas keadaan terkini, Nita berkata wajahnya masih dalam proses pemulihan dan dijangka mengambil masa sehingga setahun untuk melihat hasil yang maksimum.

“Ini benar-benar berpunca daripada kesilapan saya sendiri kerana terlalu kerap melakukan tanam benang pada hidung,” kongsinya.

Artikel Lain