suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ustaz nasihatkan Aliff Syukri cari guru pembimbing, simpati banyak kesalahan bacaan dalam solat

Hafiz Afandi membuat teguran terbuka buat Aliff.

SUSULAN tularnya video siaran langsung Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mendirikan solat berjemaah dengan bacaan surah ayat suci al-Quran dikatakan kurang tepat, ia mendapat respons pelbagai pihak termasuk mereka yang arif dalam hal ehwal agama Islam.

Walaupun usahawan itu telah memohon maaf atas kesilapannya, pelbagai pihak mahukan beliau mengambil langkah segera untuk memperbaiki kelemahannya ketika mendirikan solat.

Teguran yang dibuat adalah sebagai tanda sayang pelbagai pihak dalam usaha untuk melihat Aliff menjadi seorang yang lebih baik dalam beribadah.

Penceramah bebas Ustaz Hafiz Afandi yang telah meneliti video berkenaan menjelaskan terdapat banyak kesalahan yang dilakukan oleh Aliff ketika membaca surah al-Fatihah iaitu rukun dalam solat.

Hafiz berkongsi nasihat kepentingan rukun yang sempurna dalam solat. 

Lebih membimbangkan kata Ustaz Hafiz, jika bacaan surah Al-Fatihah seseorang itu tidak sempurna, ia boleh menyebabkan solat seseorang itu terbatal. 

“Datuk kena baiki bacaan al-Fatihah. Banyak kesalahan besar yang berlaku. Kesalahan itu adalah kesalahan yang boleh membatalkan solat.

“Apabila baca surah al-Fil, banyak kesalahan yang Datuk buat dari sudut tajwid, sebutan dan bacaan itu sendiri," katanya.

Hafiz memberi teguran itu secara terbuka menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri mohon maaf silap bacaan surah, tak jangka siaran langsung solat jadi tular 

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri berkurung dalam bilik, menangis akaun TikTok kena sekat... Dedah kerugian hampir RM1 juta

Berkongsi nasihat daripada sudut agama, dia juga menjelaskan kepentingan solat yang menjadi satu ibadah yang akan dipersoalkan selepas umat Islam meninggal dunia.

Pada masa sama, Hafiz turut menyarankan Aliff untuk mendapatkan bimbingan daripada seseorang yang lebih arif tentang bacaan dalam solat.

“Solat benda penting sebab solat kita bawa sampai mati. Harta dan kekayaan semua kita tinggal. Hanya bawa kain putih dan ibadah. Benda pertama yang Allah akan soal adalah tentang solat.

Aliff mengakui silap dan tampil memohon maaf. 

“Sebagai umat Islam, kita boleh belajar dan perbaiki semasa masih hidup.

“Saya mohon Datuk untuk ambil peluang baiki ibadah solat sebelum Allah panggil. Cari guru untuk bimbing. Saya simpati,” ujarnya yang lebih dikenali sebagai ustaz kembar.

Sebelum ini, tular video yang menunjukkan Aliff mengimamkan solat berjemaah bersama anak-anaknya. Video itu menjadi bualan ramai kerana terdapat kesalahan pada bacaan surah al-Fatihah dan juga surah al-Fil

Menerusi temu bual bersama mStar, Aliff mengakui kesilapan tersebut dan tampil memohon maaf.

 

 

Artikel Lain