SELEPAS lama berdiam diri, pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim akhirnya mengesahkan bahawa dia dan isterinya, Khalizah Alihan, sudah berpisah sejak sekitar April lalu.Fikry, 32, berkata dia mengambil masa sebelum berkongsi mengenai perkara tersebut kerana memerlukan ruang untuk mengumpul kekuatan selain menerima ketentuan yang telah ditetapkan Allah. “Dengan izin Allah, saya ingin berkongsi bahawa saya dan bekas isteri telah berpisah sejak 173 hari yang lalu.Hantaran yang dibuat Fikry mengenai status rumah tangganya.“Saya memilih untuk mengambil sedikit masa sebelum berkongsi kerana ada perkara yang lebih baik disimpan dan dilalui dengan tenang.“Bukan kerana mahu menyembunyikan, tetapi kerana saya perlukan ruang untuk mengumpul kekuatan dan menerima ketentuan-Nya,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.Dalam hantaran sama, Fikry turut memuat naik foto dirinya mengenakan baju Melayu berwarna putih lengkap dengan samping.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Fikry Ibrahim fail cerai sebab tiada persefahaman, masih buka pintu damaiARTIKEL BERKAITAN: Fikry Ibrahim dan isteri saling ‘unfollow’ di IG, netizen ungkit raut wajah tak rela sewaktu majlis kahwinPelakon itu turut menitipkan doa buat bekas isterinya agar sentiasa berada dalam lindungan Allah serta dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan dalam menjalani kehidupan.“Tiada siapa yang perlu dipersalahkan. Ada perjalanan yang Allah izinkan untuk kita tempuh bersama, dan ada perjalanan yang akhirnya membawa kita ke jalan yang berbeza.“Saya doakan semoga dia sentiasa dipelihara Allah, dipermudahkan segala urusannya, dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidupnya.Fikry dan bekas isteri mendirikan rumah tangga pada Februari 2025.“Dan saya juga berdoa agar Allah memberikan saya ketenangan, kekuatan dan kebahagiaan untuk meneruskan kehidupan,” kongsinya.Dalam pada itu, Fikry berkata dia akan sentiasa mengenang kebaikan bekas isterinya walaupun mereka kini sudah membawa haluan masing-masing.“Walaupun kini kami tidak lagi bersama, dia tetap pernah menjadi seseorang yang saya cintai dan pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup saya.“Untuk itu, saya memilih untuk mengenangnya dengan doa dan terima kasih kerana pernah menjadi isteri saya.Bekas isteri Fikry pernah failkan permohonan cerai.“Semoga Allah menjaga kita masing-masing, mengampuni segala kekurangan dan menggantikan setiap yang telah berlalu dengan sesuatu yang lebih baik,” ujarnya.Pada Mei 2025, Khalizah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bagaimanapun, pada Jun tahun sama, peguam kepada isteri Fikry, Wan Muhammad Afiq Mohd Razif memaklumkan anak guamnya menarik semula permohonan cerai yang difailkan. Untuk rekod, Fikry dan Khalizah berkahwin pada 12 Februari 2025 dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.Pasangan ini mengambil pendekatan menjaga privasi sejak awal perhubungan.Perkahwinan mereka hanya diketahui umum selepas Fikry memuat naik gambar pernikahan mereka.