suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Minta maaf ya!” Itu jawapan Redza Rosli selepas keluar dari mahkamah Syariah bersama isteri, peguam

Redza kunci mulut mengenai kehadirannya ke mahkamah Syariah bersama isteri, Bella.

TIADA angin mahupun ribut, tiba-tiba sahaja timbul berita kurang menyenangkan apabila rumah tangga pelakon Redza Rosli bersama isterinya iaitu Bella Hanna dikatakan berdepan masalah.

Ini kerana, pasangan itu dilihat muncul di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Isnin.

Namun begitu, Redza atau Ahmad Redza Rosli, 34, yang ditemui pemberita di luar mahkamah enggan memberi sebarang ulasan mengenai kehadiran mereka itu yang turut ditemani peguam.

Redza dan Bella hadir ke mahkamah syariah pagi Rabu.

Aktor berkenaan sekadar menyapa dengan memohon maaf kepada pihak media kerana tidak dapat memberikan sebarang kenyataan berhubung kehadiran mereka di mahkamah itu.

“Minta maaf ya,” katanya ringkas.

Ketika menuju ke kenderaan, Redza yang memakai songkok, berkemeja putih dan seluar hitam manakala Bella atau Farhana Nabila Rosman, 30, berjubah merah jambu turut dilihat berpegangan tangan, sekali gus menimbulkan gambaran bahawa hubungan mereka berada dalam keadaan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Redza Rosli jelas spekulasi muncul di pejabat agama

ARTIKEL BERKAITAN: Redza Rosli, Bella Hanna sambut cahaya mata sulung, pilih nama Muhammad Aydrean Raess

Pasangan ini saling berpimpin tangan sewaktu meninggalkan mahkamah.

Dalam pada itu, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan peguam syarie yang mewakili Redza iaitu Wan Muhammad Afiq Mohd Razib, juga tidak berhasil apabila beliau enggan memberikan sebarang kenyataan selepas difahamkan anak guamnya meminta agar perkara berkenaan tidak dihebohkan.

Sebelum ini, Bella pernah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikut apabila memuat naik foto di sekitar kawasan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 2 Julai lalu.

Bagaimanapun, menerusi hantaran di platform Threads, Bella menjelaskan ramai pengikut salah faham mengenai perkongsian yang dimuat naik menerusi Instagram Instastory ketika itu.

Redza dan Bella berkahwin pada 21 Jun 2024 dan memiliki seorang anak lelaki berusia sembilan bulan.

Menurut Bella, kehadiran seseorang ke pejabat agama tidak semestinya berkaitan dengan urusan perceraian.

Untuk rekod, Redza mendirikan rumah tangga bersama Bella pada 21 Jun 2024.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Aydrean Raess, pada 13 Januari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain