suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Datuk Red sedia ‘lepaskan‘ Adira sekali lagi, tunggu mahkamah sahkan lafaz rujuk

USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu memberitahu dia sedia untuk sekali lagi melepaskan bekas isterinya iaitu penyanyi Adira jika pengesahan lafaz rujuk yang dibuat sebelum ini sah di sisi undang-undang syariah. 

Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 46, juga menegaskan pihak berharap prosiding mahkamah yang kini masih berlangsung dapat diselesaikan segera.

“Ya, tak ada masalah. Memang saya akan lepaskan. Cuma saya nak sahkan dulu sama ada rujuk itu sah atau tidak. Itu sahaja. Kalau pengesahan rujuk sah, saya tetap akan lepaskan dia,” katanya. 

Datuk Red berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

Adnan ditemui selepas selesai prosiding pengesahan lafaz rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pada Khamis. 

Dia dalam masa sama memberitahu sedia memberi kerjasama sepanjang melalui proses mahkamah. 

“Islam itu mudah, tetapi saya tak mahu ambil mudah. Saya cuma nak dapatkan pengesahan. Kalau memang benar, tak ada masalah, saya akan uruskan dan selesaikan perkara ini dengan mudah. 

“Hari ini pun sebenarnya tak ada keperluan untuk saya datang, tetapi saya tak mahu nanti dipersalahkan kerana dikatakan melambatkan kes ini. Sebab itu saya hadir,” ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Adira selesai beri keterangan pengesahan lafaz rujuk, 19 Oktober pemfailan hujah

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun berlarutan, Adira harap kes pengesahan lafaz rujuk cepat selesai

Dalam prosiding yang berlangsung, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 35, selesai memberi keterangan di hadapan Hakim Syarie, Afif Sofiuddin Syeikh Abd Ghani. 

Adira turut hadir bersama abang kandungnya, Nor Azalin yang bertindak sebagai saksi keterangan. 

Mahkamah kemudian memutuskan tarikh 19 Oktober bagi kedua-dua pihak memfailkan penghujahan sebelum keputusan dibuat. 

Adnan memfailkan kes pengesahan rujuk berkenaan pada Disember 2025.

Datuk Red tidak mahu ambil mudah mengenai hukum agama. 

Dakwa Adnan, berlaku lafaz rujuk pada Mei 2024 dalam tempoh iddah selepas perceraian, namun Adira dilaporkan tidak mengesahkan perkara tersebut.

Adira bagaimanapun menegaskan tidak mengetahui mengenai pengesahan lafaz rujuk berkenaan.

Adira dan Adnan mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 dan bercerai pada 24 April 2024. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 9, Asan, 8, Anggun, 7, dan Ayob, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain