HAMPIR setahun berlarutan, penyanyi Adira berharap prosiding pengesahah lafaz rujuk yang difailkan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu dapat diselesaikan segera. Adira atau Siti Adira Suhaimi, 35, juga mahu urusan tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat berjalan lancar. “Anak saya yang bongsu pun dah masuk usia lima tahun. Adira berkongsi perkara itu ketika tiba di mahkamah. “Semoga kes ini berjalan dengan lancar. Mudah-mudahan selesai cepat,” katanya kepada pemberita. Adira tiba di mahkamah sekitar pukul 11.10 pagi bagi memberi keterangan berhubung kes berkenaan. Penyanyi ini hadir bersama peguam syarie, Nor Saidah Zakaria serta Roshdan Sujak Rafie dan abangnya, Nor Azalin yang bertindak sebagai saksi memberi keterangan. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mahkamah tolak permohonan tarik balik kes pengesahan rujuk Datuk Red terhadap AdiraARTIKEL BERKAITAN: Adira hanya kongsi hubungan cinta baharu selepas kes mahkamah selesaiAdnan atau mesra disapa Datuk Red dilihat tiba di mahkamah beberapa minit kemudian dan terus masuk ke ruang persidangan. Adnan memfailkan kes pengesahan rujuk berkenaan di Mahkamah Syariah Gombak Barat pada Disember 2025. Dakwa Adnan, berlaku lafaz rujuk pada Mei 2024 dalam tempoh iddah selepas perceraian, namun Adira dilaporkan tidak mengesahkan perkara tersebut.Kes melibatkan Adira dan Datuk Red berlarutan sehingga ke hari ini. Adira bagaimanapun menegaskan tidak mengetahui mengenai pengesahan lafaz rujuk berkenaan.Adira dan Adnan mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 dan bercerai pada 24 April 2024. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 9, Asan, 8, Anggun, 7, dan Ayob, 4 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube