PENYANYI dan usahawan Nubhan menegaskan dia tidak pernah berhasrat mengheret bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek ke mahkamah, namun terpaksa berbuat demikian selepas mendakwa wanita itu melanggar perjanjian yang telah dipersetujui bersama.Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 40, berkata tindakannya memfailkan prosiding komital itu bukan bertujuan mencari kesalahan bekas isteri, sebaliknya sekadar menuntut keadilan selepas mendapati terdapat pelanggaran terhadap persetujuan yang telah dibuat. Malah, permintaan agar Dr Fie membuat permohonan maaf secara terbuka juga bertujuan untuk menyelesaikan kemelut berkenaan dan bukan mahu mencari salah sesiapa dalam isu berkenaan."Dia yang memohon buat perjanjian tambahan (mana-mana pihak dilarang memburukkan satu sama lain), kenapa dia sendiri langgar? Takkan salah saya pula.Nubhan tidak pernah mempunyai sebarang akaun palsu."Selama ini saya diam, orang akan anggap dakwaannya betul sebab saya tak balas."Apa pun macam saya katakan sebelum ini, kalau dia minta maaf secara terbuka dan dipersetujui saya mengikut terma undang-undang, kes dah selesai."Permohonan maaf ini bukan nak cakap siapa betul atau siapa salah. Kita dah ada anak-anak, kita nak berdamai. Saya dah cakap dah, minta maaf sajalah. Kalau dia harapkan saya berlembut hati, adakah bermakna dia sekarang sedar pelanggaran dibuat?" katanya kepada mStar.Nubhan berkata demikian ketika ditemui selepas prosiding kedua kes komital yang difailkannya terhadap bekas isteri di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada Isnin.ARTIKEL BERKAITAN: Prosiding komital Nubhan terhadap bekas isteri ditangguh, perbicaraan tak boleh diteruskanARTIKEL BERKAITAN: Dr Fie rasa tiada privasi hidup ‘terpenjara’, gerak-geri diperhatikan... Harap kes komital dengan Nubhan segera selesaiMenurut Nubhan, dia memilih untuk berdiam diri selama ini dan enggan melayan sebarang provokasi di media sosial kerana tidak mahu mencetuskan lebih banyak kontroversi selain mahu menjaga emosi serta kehidupan harian masing-masing."Saya malas nak drama-drama dekat media sosial. Saya tak suka."Kita berpegang sahaja pada janji yang sudah dipersetujui tempoh hari. Tak perlu buat drama."Kalau fitnah berlaku, perkara yang tidak benar tentang kita memang susah untuk diterima. Saya kalau boleh biarlah diam saja. Selama ini saya diam, orang akan anggap dakwaannya betul sebab saya tak balas.NUBHANPENYANYI"Cuma disebabkan dia sendiri langgar klausa, saya terpaksa failkan komital," ujarnya.Dalam pada itu, Nubhan turut menafikan dakwaan kononnya dia memantau akaun Instagram bekas isterinya setiap hari bagi mencari kesalahan untuk dijadikan bahan dalam prosiding komital.Malah, penyanyi itu juga menafikan dakwaan kononnya mempunyai akaun palsu untuk memantau pergerakan atau hantaran yang dikongsikan Dr Afifah di media sosial."Tak ada. Saya tak perhatikan dan saya pun dah unfollow dia lama."Saya banyak kerja nak kena buat. Saya tak ada masa nak pergi stalk atau apa. Saya tak tahu."I have never had a fake account. Tak ada! Saya pun banyak kerja lain nak buat," ujarnya.Nubhan diwakili peguam, Mohd Redzuan Ramli (kanan).Pada Mei lalu, Nubhan memfailkan prosiding komital terhadap bekas isterinya selepas mendakwa Dr Afifah melanggar tiga perintah mahkamah.Difahamkan, kedua-dua pihak sebelum ini mempunyai perjanjian yang kemudiannya disahkan sebagai perintah mahkamah, termasuk berkaitan larangan mendedahkan perkara tertentu di media sosial yang boleh memburukkan mana-mana pihak.Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 sebelum disahkan bercerai talak dua pada 2 Disember 2025 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 9, Ahmad Aaffan, 7, dan Afzan Nayille, 4.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!