PEGUAM mewakili penyanyi Nubhan, Mohd Redzuan Ramli menegaskan 120 soalan yang bakal dikemukakan kepada bekas isteri anak guamnya iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek bukan bertujuan untuk menjerat atau menakutkan wanita berkenaan.Sebaliknya, Redzuan berkata jumlah soalan tersebut merupakan sebahagian daripada proses soal balas dan setiap persoalan yang dikemukakan adalah relevan dengan kes komital berkenaan. Malah pihaknya diminta menyediakan soalan terlebih dahulu selepas prosiding yang sepatutnya berlangsung pada Isnin ditangguhkan atas permintaan Dr Afifah."120 soalan yang ingin dikemukakan itu sebenarnya prosedur biasa. Tetapi pihak sana tidak bersedia, jadi defendan minta ditangguhkan dan meminta agar pihak kami menyediakan soalan terlebih dahulu sebelum prosiding akan datang.Redzuan (kanan) menegaskan setiap persoalan yang dikemukakan adalah relevan."Bagi saya, soalan itu kena relevan dengan kes. Kita tidak boleh tanya sebarang soalan, ia mesti berkaitan dengan kes."Setakat ini 120 itu mungkin akan pecah lagi kepada 120 lagi jika dapat idea soalan baharu," katanya kepada mStar.Redzuan berkata demikian ketika ditemui selepas prosiding kedua kes komital yang difailkan Nubhan terhadap bekas isterinya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada Isnin.Dalam pada itu, Redzuan menolak tanggapan bahawa jumlah soalan tersebut bertujuan memberi tekanan atau menakutkan Dr Afifah yang juga responden dalam prosiding berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Prosiding komital Nubhan terhadap bekas isteri ditangguh, perbicaraan tak boleh diteruskanARTIKEL BERKAITAN: Dr Fie rasa tiada privasi hidup ‘terpenjara’, gerak-geri diperhatikan... Harap kes komital dengan Nubhan segera selesaiMalah, dia secara sinis berkata tiada sebab untuk seseorang berasa takut jika tidak melakukan sebarang kesalahan."Kalau dia tak salah, kenapa dia perlu takut? Bagilah 1,000 soalan sekali pun. Dalam kubur pun ada lima soalan saja," katanya.Menurut Redzuan lagi, penangguhan prosiding sehingga Januari 2027 juga dilihat sedikit sebanyak memberi risiko kepada pihak Dr Afifah."Pada saya apabila ditangguhkan, risiko pada sebelah dia juga. Bermula hari ini sampai 19 Januari nanti, setiap malam dia akan mengalami nightmare. Kalau dia tak salah, kenapa dia perlu takut? Bagilah 1,000 soalan sekali pun.MOHD REDZUAN RAMLIPEGUAM"Sebab itu kita nak teruskan sahaja hari ini, setakat mana mahkamah benarkan supaya kes tidak berpanjangan," ujarnya.Sebelum ini, prosiding komital antara Nubhan dan Dr Afifah terpaksa ditangguhkan selepas pihak pemohon dikatakan masih belum menyempurnakan prosedur yang diperlukan.Peguam yang mewakili Dr Afifah, Nor Hazura Hamzah berkata, prosiding sepatutnya diteruskan dengan sesi soal balas terhadap anak guamnya oleh peguam yang mewakili Nubhan.Bagaimanapun, prosiding tersebut ditangguhkan kepada dua tarikh baharu bagi membolehkan prosedur berkaitan disempurnakan terlebih dahulu.Mengulas lanjut, Redzuan bertegas pihaknya berpegang kepada prinsip bahawa seseorang tidak perlu berasa takut sekiranya tidak melakukan kesalahan."Kita pegang pada peraturan biasa... berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau dia benar, kenapa dia perlu takut?" katanya lagi.Dr Fie diwakili oleh peguam Nor Hazura Hamzah (kanan).Pada Mei lalu, Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 40, memfailkan prosiding komital terhadap bekas isterinya selepas mendakwa Dr Afifah melanggar tiga perintah mahkamah.Difahamkan, kedua-dua pihak sebelum ini mempunyai perjanjian yang kemudiannya disahkan sebagai perintah mahkamah, termasuk berkaitan larangan mendedahkan perkara tertentu di media sosial yang boleh memburukkan mana-mana pihak.Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 sebelum disahkan bercerai talak dua pada 2 Disember 2025 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 9, Ahmad Aaffan, 7, dan Afzan Nayille, 4.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!