suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Dr Fie rasa tiada privasi hidup ‘terpenjara’, gerak-geri diperhatikan... Harap kes komital dengan Nubhan segera selesai

BEKAS isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, mengakui dirinya kini berasa seolah-olah ‘dipenjara’ selagi kes komital yang difailkan oleh bekas suaminya itu masih belum menemui titik penyelesaian.

Dr Afifah atau lebih mesra disapa Dr Fie, 36, berkata situasi berkenaan menyebabkan dia sentiasa berasa takut dan perlu berhati-hati dalam setiap tindakannya, selain merasakan dirinya sedang diperhatikan.

Malah, perasaan gementar itu semakin kuat apabila dia memikirkan bakal disoal sebanyak 120 soalan dalam prosiding berkenaan.

"Saya macam ada perasaan takut, gementar, terasa seperti diperhatikan. Apatah lagi saya disoal sebanyak 120 soalan. Ibarat dia menanti-nantikan saya membuat kesalahan.

Dr Fie (kiri) diwakili oleh peguam Nor Hazura Hamzah.

"Perkara itu membuatkan saya rasa terpenjara. Jika kes ini cepat selesai, saya tidaklah berasa seperti itu.

"Apa saya nak buat, saya kena fikir terlebih dahulu. Memanglah kita berfikir sebelum mengambil tindakan, tetapi tak adalah sampai merasakan diri kita ini terpenjara," katanya kepada mStar.

Dr Fie berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas prosiding kedua kes komital yang difailkan Nubhan terhadapnya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada Isnin.

Dalam pada itu, ibu tunggal berkenaan berkata situasi tersebut turut membuatkan dia berasa terbatas untuk mengembangkan kerjayanya sebagai doktor gigi selain bergiat aktif sebagai personaliti media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Prosiding komital Nubhan terhadap bekas isteri ditangguh, perbicaraan tak boleh diteruskan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Makin diam makin menjadi-jadi” - Nubhan dakwa terlalu banyak fitnah, mahu bersihkan semula nama

Katanya, dia juga mempunyai banyak impian yang ingin dicapai dan mahu membina kehidupan lebih baik bersama tiga cahaya matanya.

"Sebagai ibu tunggal, saya mahu pergi jauh, macam-macam impian yang saya nak buat. Kalau boleh saya nak benda ini selesai secepat mungkin, tapi tak boleh sebab saya tak bersedia.

"Dia tidaklah mengganggu, tetapi saya rasa tersekat. Setiap tindak tanduk saya diperhatikan. Saya pula bukannya orang yang boleh duduk diam.

"Saya nak pergi lebih jauh, aktif dalam media sosial, bukan terperap dalam klinik 24 jam. Perbuatan saya itu bagai dapat dilihat oleh pihak di sana.

"Dia ibaratnya boleh lihat setiap tindak tanduk kita, membuatkan kita merasakan hidup kita ini tiada privasi," ujarnya.

Dr Fie mengakui dirinya kini berasa seolah-olah ‘dipenjara’.

Pada Mei lalu, Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 40, memfailkan prosiding komital terhadap bekas isterinya selepas mendakwa Dr Fie melanggar tiga perintah mahkamah.

Untuk info, prosiding komital ialah satu proses undang-undang yang membolehkan mahkamah mengambil tindakan terhadap individu yang gagal mematuhi perintah yang telah ditetapkan atau melakukan perbuatan yang dianggap menghina mahkamah.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Fie mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 sebelum disahkan bercerai talak dua pada 2 Disember 2025 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 9, Ahmad Aaffan, 7, dan Afzan Nayille, 4.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain