PENYANYI Danial Kifli tidak mengambil hati dengan tindakan segelintir netizen mempertikaikan keputusan penaja memberikan 'priority pass' kepadanya untuk terus mara ke peringkat akhir Big Stage X Rocketfuel (BSR).Danial atau Muhammad Ariff Danial Kifli, 23, berkata dia sudah lali berdepan kecaman sejak mula membina nama dalam industri seni. "Saya sudah biasa dengan perkara ini (dikecam) sejak dulu lagi saya dah ada sedikit pengalaman dalam industri. "Bila lagu saya tercalon sebagai top 5 Astro Gempak, ada yang mempertikaikan. Pemilihan Danial menerima priority pass menerima pelbagai reaksi ramai."Rezeki saya dapat jumlah tontonan tinggi untuk lagu sendiri pun ada yang kata tak layak, jadi saya tak kisah kerana rezeki masing-masing," katanya kepada mStar. Danial berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media konsert separuh akhir Big Stage X Rocketfuel yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Ahad. Dalam pada itu, Danial mengakui dia sendiri tidak menjangka dipilih oleh penaja program berkenaan untuk terus mara ke peringkat akhir.ARTIKEL BERKAITAN: Danial Kifli sertai Big Stage untuk ubah nasib keluargaARTIKEL BERKAITAN: “Saya layak di tiga terbawah“ - Danial Kifli lega tak tersingkir, banyak masalah sebelum nyanyi jejas tumpuan"Saya sebenarnya memang tidak menjangkakan untuk dapat priority pass tersebut. "Saya nampak kawan-kawan lain yang lebih layak dan popular dan vokal lebih padu yang sepatutnya diselamatkan, jadi bila nama saya dipanggil memang saya sangat terkejut," ujarnya. Mengulas lanjut, Danial berkata setiap peserta mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri dan tidak wajar dibandingkan secara berlebihan. Minggu lepas saya di kedudukan tiga terbawah juga, semuanya bergantung kepada rezeki.DANIAL KIFLIPENYANYI"Kalau netizen nak bandingkan saya dengan peserta lain, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri. "Untuk yang tersingkir pada malam ini (Ahad) pun mungkin rezeki mereka setakat itu sahaja. "Minggu lepas saya di kedudukan tiga terbawah juga, semuanya bergantung kepada rezeki. Saya tidak berkecil hati sekiranya ada yang mempertikaikan keputusan priority pass itu," katanya. Danial (tengah) memenangi priority pass pilihan penaja.Pada malam Ahad, Danial menerima kelebihan Priority Pass untuk terus mara ke peringkat akhir BSR yang bakal berlangsung pada 16 Jun ini.Keputusan berkenaan bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi netizen apabila ada yang beranggapan peserta lain lebih layak menerima tiket tersebut.Pentas separuh akhir menyaksikan Qilo dan Aliff Kimiey tersingkir daripada saingan BSR.BSR bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada setiap Ahad, pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria (104).Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!