suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hasrat Intan Najuwa bersalin normal tak kesampaian, posisi bayi tidak mengizinkan untuk VBAC

Hasrat Intan melahirkan anak kedua secara normal menerusi kaedah VBAC tidak kesampaian.

HASRAT pelakon Datin Intan Najuwa untuk melahirkan anak kedua secara normal menerusi kaedah vaginal birth after caesarean (VBAC) tidak kesampaian apabila posisi bayinya dilaporkan berada dalam keadaan tidak mengizinkan.

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, berkata dia sudah melakukan pelbagai usaha bagi merealisasikan impian itu selepas kandungannya hampir mencecah usia 40 minggu.

Bagaimanapun, demi keselamatan bayi, Intan dan suami akhirnya membuat keputusan untuk menjalani pembedahan caesarean secara elektif.

Perkongsian Intan menerusi instastory miliknya.

"Untuk yang bertanya, tidak, saya tidak berjaya untuk VBAC. Bayi saya sudah hampir 40 minggu tetapi kedudukannya tidak mengizinkan saya mendapatkan VBAC yang saya harapkan.

"Jadi akhirnya kami memutuskan untuk menjalani C-section secara elektif secepat mungkin bagi memastikan bayi selamat dilahirkan.

"Saya sudah mencuba dan melakukan pelbagai perkara dengan harapan dapat menjalani VBAC, tetapi akhirnya saya sedar Allah sudah merancang perjalanan terbaik untuk saya. Saya belajar untuk mempercayai perancangan-Nya," katanya menerusi Instastory.

Sekadar info, VBAC merujuk kepada kaedah bersalin secara normal selepas seseorang ibu pernah melahirkan anak menerusi pembedahan caesarean.

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa timang cahaya mata kedua, pilih nama Imane Laudya

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa jelaskan salah faham, bukan pertikai kelahiran czer... Cuma minta tip ibu bersalin VBAC

Menerusi perkongsian sama, Intan turut berkongsi foto ketika dia dan suaminya berada di bilik bedah bersama bayi kedua mereka.

Menurut Intan, dia bersyukur kerana dikurniakan doktor terbaik yang membantu memastikan proses kelahiran anaknya berjalan lancar.

Lebih melegakan apabila dia dan anaknya berada dalam keadaan selamat serta sihat selepas bersalin.

"Alhamdulillah, saya dikurniakan doktor terbaik dan semuanya berjalan dengan lancar.

Untuk yang bertanya, tidak, saya tidak berjaya untuk VBAC.

DATIN INTAN NAJUWA

Pelakon

"Kedua-dua ibu dan bayi selamat serta sihat dan itu sahaja yang benar-benar penting. Hati saya penuh dengan rasa syukur. Alhamdulillah untuk semuanya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Intan turut berkongsi perkembangan dirinya selepas menjalani pembedahan dan bersyukur kerana proses pemulihannya kali ini berjalan dengan baik.

Malah, sehari selepas pembedahan, pelakon itu sudah mampu menguruskan dirinya sendiri termasuk bangun dan berjalan.

"Sehari selepas pembedahan, kateter (tiub) sudah dikeluarkan, saya sudah mandi dan boleh bangun serta berjalan sendiri. Alhamdulillah.

Intan bersama suami dan anak sulungnya.

"Saya rasa lebih kuat kali ini kerana sekarang saya sudah menjadi ibu kepada dua orang anak," katanya.

Pada Ahad, Intan berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka yang diberi nama Imane Laudya.

Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan Datuk Azraf Azman pada 18 Ogos 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain