suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya layak di tiga terbawah“ - Danial Kifli lega tak tersingkir, banyak masalah sebelum nyanyi jejas tumpuan

Danial menerima baik komen juri terhadap persembahannya.

PENYANYI Danial Kifli akur dengan kelemahan diri apabila namanya diumumkan peserta tercorot pada pentas suku akhir program Big Stage X Rocketfuel (BSR), malam Ahad.

Mengakui sedih dengan keputusan tersebut, Danial, 23, turut memberitahu lagu Cinta Dewa Dewi nyanyian asal Spider jarang dibawakan dalam mana-mana persembahan sebelum ini.

"Memanglah sedih sebab saya dah cuba buat yang terbaik. Lagu itu bukan genre saya dan jarang dibawakan sebelum ini. Saya ambil sebagai satu cabaran.

Danial akui tak sihat sebelum membuat persembahan.

"Namun saya rasa layak apabila diumumkan berada dalam kedudukan tiga terbawah kerana itu bukan persembahan terbaik saya," katanya.

Danial ditemui selepas konsert suku akhir BSR yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Menurutnya, beberapa masalah yang berlaku sebelum dia naik ke pentas turut mengganggu sehingga menjejaskan persembahannya pada malam berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Big Stage: Tiada penyingkiran di minggu suku akhir, Danial Kifli terselamat 

ARTIKEL BERKAITAN: Danial Kifli sertai Big Stage untuk ubah nasib keluarga

"Saya tak mahu orang kata ini sebagai alasan tetapi sebelum membuat persembahan ada sedikit masalah pada pakaian sehingga menyebabkan saya perlu berdiri lama. Saya juga sakit kepala dan tak jumpa ubat sehinggalah setengah jam sebelum persembahan.

"Jadi perkara ini sedikit sebanyak mengganggu persembahan saya. Saya jadi tidak bersedia dan rasa 'lost' di atas pentas," ujarnya.

Pada malam suku akhir itu, Danial berada dalam kedudukan tiga terendah bersama dua peserta lain iaitu Danny dan Yad-Z.

Danial (kanan) bersama Yad-Z dan Danny (kiri) berada di kedudukan tiga terbawah.

Bagaimanapun, dia terselamat apabila diumumkan tiada penyingkiran dan semua lapan peserta layak ke peringkat separuh akhir.

Tambah Danial, meskipun sudah berpengalaman membuat banyak persembahan pentas, namun sebarang situasi atau masalah yang berlaku pada saat akhir boleh menyebabkan dia hilang fokus.

"Danial Kifli seorang yang tak boleh last minute. Sebelum ini kalau nak buat persembahan, saya akan ambil masa beberapa hari untuk lakukan perkara yang sama dan tak boleh nak ubah.

"Jika ada perubahan sedikit, ia akan mengganggu persembahan saya," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain