suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abby Abadi kongsi detik cemas kemalangan ketika pulang dari Singapura ke KL

Abby kongsi dirinya mengalami kemalangan jalan raya.

PELAKON Abby Abadi berkongsi detik cemas apabila kenderaan yang dinaikinya dilanggar sebuah kereta semasa dalam perjalanan pulang dari Singapura ke Kuala Lumpur pada pagi Isnin.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkata pada awalnya dia menyangka tayar kenderaan dinaikinya mengalami masalah selepas terdengar bunyi hentakan dari arah belakang.

Menurut Abby, kejadian berlaku ketika dia sedang mencari lokasi untuk menunaikan solat Subuh sebelum kenderaan mereka secara tiba-tiba dilanggar.

Abby berkongsi dirinya mengalami kemalangan.

“Dalam perjalanan balik ke KL dari Singapura, kami leka mencari tempat untuk solat Subuh. Tiba-tiba ada yang langgar dari belakang.

“Memang terkejut sangat-sangat! Mula-mula ingat tayar pecah. Kami berhenti di tepi dan ada seorang abang naik motosikal datang beritahu ada kereta lain yang langgar.

“Tapi serius, kami tak sedar sebab keadaan gelap,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Puas mengalah, Abby Abadi terus bersuara demi hak anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi berang rakan Memey campur tangan hal keluarga mereka

Dalam hantaran tersebut, Abby turut berkongsi foto kenderaannya yang mengalami kerosakan di bahagian belakang.

Abby berkata, pemandu kereta terbabit kemudian datang ke lokasi untuk memeriksa keadaan kenderaan sebelum mengakui dia mengantuk ketika memandu.

Bagaimanapun, pemandu berkenaan hanya meminta Abby membuat tuntutan insurans sebelum meninggalkan lokasi berkenaan.

Terkapai-kapai di tengah highway ini tunggu bantuan.

ABBY ABADI

PELAKON

“Pendek cerita, pemandu kereta yang langgar itu datang, tengok gitu-gini, kemudian dia cakap nak claim insurans. Nak buat macam mana lagi? Lepas itu dia cakap, ‘Okeylah ya kak’, kemudian dia terus pergi.

“Kereta yang langgar itu orang Shah Alam. Dia mengaku dia mengantuk.

“Teragak-agak juga nak ambil gambar dia tadi, tapi nombor pendaftaran dan nombor telefon semua ada,” ujarnya.

Kenderaan Abby rosak di bahagian belakang.

Dalam pada itu, Abby meluahkan rasa terkilan apabila terpaksa menunggu kira-kira tiga jam di bahu lebuh raya sementara menantikan bantuan sampai.

“Lah! Dah kereta kami tak boleh jalan, terkapai-kapai di tengah highway ini tunggu bantuan. Macam itu saja ke kalau dah langgar orang?” katanya.

Sementara itu, usaha mStar untuk mendapatkan perkembangan lanjut mengenai keadaan Abby selepas kejadian tersebut tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain