suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecewa masalah vokal berulang, Aweera enggan percaya disihir

Aweera bimbang masalah vokal yang dihidapai berlarutan.

SERING berdepan masalah vokal sebelum membuat persembahan, penyanyi Aweera memberitahu perkara itu memberi kesan terhadap keyakinan dirinya.

Sedar akan kemampuannya menyanyikan nada tinggi, Aweera atau Nasharul Aweera Norhissham, 35, bimbang jika dia gagal memuaskan hati peminat setiap kali membuat persembahan.

Pelik dengan situasi yang sering dihadapi, penyanyi itu bagaimanapun enggan menganggap ia sebagai unsur mistik atau berkaitan sihir.

Aweera tidak mahu kecewakan peminat apabila berdepan masalah vokal. 

"Saya kecewa dengan diri sendiri. Setiap kali ada show, mesti ada sesuatu yang tidak kena. Kalau boleh saya tidak mahu fikir bukan-bukan ke arah sihir.

"Bagaimanapun, perkara ini memang sering berlaku. Saya akan sakit sebelum nak menyanyi, tetapi kalau buat aktiviti lain saya sihat sahaja.

"Saya tidak mahu percaya perkara-perkara sihir ini, tetapi saya tahu ia wujud. Jika ia benar berlaku, saya serahkan kepada Allah untuk buang benda kotor ini daripada badan saya," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Peti suara bengkak, Aweera stres dikecam tak boleh nyanyi nada tinggi... ‘Berperang’ dengan diri sendiri 

ARTIKEL BERKAITAN: Aweera hilang sabar, diganggu wanita ‘psiko’ hantar mesej merapu

Aweera sebelum ini meluahkan perkara tersebut di Instagram miliknya mengenai masalah vokal yang dialami sehingga membuatkan dia mahu berhenti menyanyi.

Menjelaskan perkara itu, Aweera berkata ia hanyalah sekadar luahan kecewa dan dia tidak pernah terfikir untuk menamatkan kerjaya seni.

"Dalam tempoh tiga tahun ini, perkara sama kerap berlaku. Kadang-kadang lagu sendiri pun saya takut nak nyanyi.

Perkongsian Aweera di Instagram. 

"Apa yang saya tulis di Instagram itu hanyalah luahan ketika itu sahaja. Saya akan tetap terus menyanyi selagi mendapat sokongan peminat," ujarnya.

Bercakap lanjut mengenai masalah pita suara yang dialami, Aweera memberitahu dia sudah menjalani pemeriksaan pakar.

Biarpun disuruh mengambil tempoh rehat, Aweera mengakui perkara itu sukar dilakukan kerana dia merupakan penyanyi sepenuh masa yang bergantung pada pendapatan daripada tawaran persembahan.

"Awal tahun lalu saya sudah menjalani pemeriksaan dan doktor menasihatkan saya supaya berehat selama enam bulan. Tetapi hidup saya bergantung kepada tawaran kerja dan saya tak boleh nak tolak job," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain