suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Ia hanya simbol" - Abiejam bergurau tawar RM 1 juta wang hantaran perkahwinan, bukan niat berlagak

Abiejam menjelaskan isu tersebut bukanlah untuk mempamer kemewahan.

PERSONALITI media sosial dan usahawan Abiejam tampil menjelaskan kontroversi susulan kenyataannya menawarkan wang hantaran sebanyak RM1 juta kepada mana-mana wanita yang sudi menjadi isterinya.

Abiejam atau nama sebenarnya Mohd Khairul Nizam Wahiddin, 36, berkata bukan niatnya mahu mempamerkan kemewahan sebaliknya sebagai simbol kesungguhan dan tanggungjawab dalam membina rumah tangga.

"Nilai hantaran itu bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya simbol kesungguhan dan tanggungjawab. Ramai menilai kemampuan seorang lelaki hanya berdasarkan fizikal atau pandangan luaran.

Ia merupakan simbolik kesungguhan Abiejam terhadap wanita berkenaan. 

"Soal hantaran hanyalah simbol. Yang lebih penting ialah keikhlasan, kesetiaan serta bagaimana seorang suami menjaga maruah dan kebahagiaan isterinya.

"Jadi, wang hantaran RM1 juta itu bukan soal angka, sebaliknya mesej bahawa saya serius terhadap institusi perkahwinan," katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Abiejam menegaskan dia tidak pernah meletakkan harta sebagai ukuran utama dalam mencari pasangan hidup.

Sebaliknya, dia hanya mengharapkan seorang wanita yang ikhlas, penyayang serta mampu menerima kekurangan dirinya sebagai seorang orang kurang upaya (OKU).

ARTIKEL BERKAITAN: Tuntutan hutang Abiejam, Azar Azmi serah kepada pengurusan untuk jumpa… “Saya nak selesai sebelum tutup mata”

ARTIKEL BERKAITAN: Enam tahun Abiejam cari Azar Azmi, nak tuntut hutang RM15,000

"Saya mungkin tak mampu berjalan, tetapi mampu mencintai, menghargai dan membahagiakan wanita yang Allah takdirkan untuk saya.

"Ciri-ciri wanita pilihan saya mudah sahaja, baik hati, penyayang, ikhlas, memahami dan menerima keadaan saya sebagai seorang OKU," ujarnya.

Mengulas mengenai kecaman netizen, Abiejam berkata dia tidak berkecil hati dengan pelbagai reaksi yang diterima.

Abiejam tidak sangka kenyataan itu menjadi tular. 

Malah, dia menjelaskan kenyataan mengenai wang hantaran RM1 juta itu sebenarnya dibuat sekadar gurauan.

"Cuma saya pelik mengapa ramai suka bertanya soalan yang sensitif dan membuat pelbagai andaian. Kalau ada yang terasa atau salah faham, saya minta maaf dari hati.

"Tak sangka pula ramai yang ambil serius apabila bab berkahwin ini, sedangkan itu sekadar gurauan untuk memperkenalkan perniagaan emas saya," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain