PELAKON Sherry Ibrahim tidak berhasrat sama sekali untuk menarik balik simpati atau memohon maaf atas pendirian tegasnya membela nasib seekor anjing liar bernama 'Rocky' yang mati dalam satu operasi penguatkuasaan sebelum ini. Jelas Sherry atau Syarizad Ibrahim, 43, perbuatan menyiksa sehingga menyebabkan kematian haiwan merupakan satu tindakan yang tidak wajar dan menyalahi nilai perikemanusiaan. Tambahnya, pihak berkuasa sepatutnya mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan cara yang lebih berhemah mengikut peruntukan undang-undang tanpa perlu membunuh haiwan itu di lokasi kejadian.Kenyataan Sherry di media sosialnya. "Saya akan tetap bertahan dengan apa yang saya rasakan. Ada banyak cara lebih bijak mengikut akta undang-undang."Menyiksa dan membunuh haiwan begitu adalah salah. Walhal ada sahaja cara yang tidak menyebabkan Rocky terseksa dan mati di tempat kejadian."Saya tidak akan berasa bersalah kerana mempunyai empati dan simpati yang lebih besar terhadap apa yang saya rasakan kepada Rocky. Yang bersalah patut berdepan dengan apa yang sepatutnya. Tak semua rasa dan pemahaman kita sama," luahnya di platform Threads pada Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Sabar ada batasnya! Sherry Ibrahim tak boleh lagi berdiam diri, hantaran media sosial tiada kaitan kisah silamARTIKEL BERKAITAN: “Saya berjaya!” - Sherry Ibrahim tak lepas peluang ‘battle’ tiket BTSMengulas tindakan awalnya yang menggelar pegawai penguat kuasa itu sebagai pembunuh, Sherry menjelaskan bahawa kelantangannya itu berpunca daripada sifat cintanya yang mendalam terhadap haiwan.Malah, Sherry sedia mempertimbangkan untuk menurunkan hantaran tersebut apabila pihak berkuasa tampil memberikan penjelasan berhubung insiden berkenaan."Saya bukan berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak. Cuma isu berkaitan penganiayaan terhadap haiwan memang sangat memberi kesan kerana saya sayangkan haiwan, tidak kira apa jenis sekalipun."Saya tiada masalah untuk menurunkan status tersebut. Namun, saya berharap pihak berwajib dapat terlebih dahulu mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku pada ketika itu. Sherry mahu tindakan diambil kepada pelaku. "Sekurang-kurangnya ada tindakan yang telah diambil," jelasnya.Sebelum ini, kematian anjing liar bernama Rocky di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang mencetuskan amukan netizen dan pencinta haiwan selepas tular dakwaan haiwan itu diperlakukan secara kasar oleh penguat kuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).Bagaimanapun, pihak MBDK dalam satu kenyataan mempertahankan tindakan anggotanya dan menjelaskan kematian haiwan itu berpunca daripada provokasi serta tindakan agresif seorang wanita yang cuba memotong tali penahan, sehingga menyukarkan proses melonggarkan ikatan pada leher anjing terbabit.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!