PELAKON Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa kesal dan bersalah selepas menyedari dirinya terpedaya dengan maklumat tidak tepat berhubung kes kematian seekor anjing liar dinamakan Rocky yang tular di media sosial.Menerusi satu hantaran, Atikah atau Datin Nur Atikah Mohd Suhaime, 35, secara terbuka mengakui kecenderungannya sebagai pencinta haiwan telah membuatkan dirinya bertindak mengikut emosi tanpa memeriksa kronologi sebenar kejadian. "Baru baca keseluruhan kronologi, sumpah bodohnya aku. Lelaki itu tidak salah pun, dia hanya menjalankan tugasnya. Hantaran Atikah di media sosialnya. "Wanita itu yang tidak memberikan kerjasama sehingga menyebabkan anjing itu menjadi mangsa keadaan. "Jujurnya sebagai pencinta haiwan, bila pagi-pagi nampak orang sebar pasal lelaki itu, memang saya marah gila. Tapi tidak sangka, itu bukan cerita sebenar," luahnya di halaman Threads miliknya pada Ahad. Mengulas lanjut mengenai kesan perkongsian separuh jalan di platform digital, Atikah menyifatkan kuasa media sosial kini sangat menakutkan kerana mampu memanipulasi emosi orang ramai dengan sekelip mata.ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime ulas isu uniform Jazmy Juma dalam dramaARTIKEL BERKAITAN: Bukan senang jaga, Atikah Suhaime dah faham alasan ibu letak hantaran tinggi untuk anak perempuan"Media sosial ini memang gila. Senangnya nak sebar fitnah," ujarnya. Hantaran Atikah itu dipercayai merujuk kepada kes kematian anjing liar bernama Rocky di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang yang mencetuskan kemarahan netizen selepas tular dakwaan haiwan itu dijerut sehingga mati oleh petugas penguat kuasa.Bagaimanapun, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) tampil mengesahkan bahawa anggotanya bertindak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketika operasi penguatkuasaan dijalankan pada malam Rabu lalu.Atikah akan lebih berhati-hati selepas ini. MBDK menjelaskan kekecohan berlaku berpunca daripada tindakan agresif seorang wanita yang cuba memotong tali penahan haiwan berkenaan, selain menakut-nakutkan petugas dengan mengugut untuk mencederakan dirinya sendiri.Akibat provokasi dan kekecohan yang tercetus, pegawai bertugas berdepan kesukaran untuk melonggarkan tali penahan berkenaan sehingga menyebabkan anjing tersebut akhirnya terperangkap dan mati di lokasi kejadian.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!