suria

Bukan senang jaga, Atikah Suhaime dah faham alasan ibu letak hantaran tinggi untuk anak perempuan

Atikah kini lebih memahami perasaan seorang ibu selepas melahirkan cahaya mata.

PELAKON Datin Atikah Suhaime mengakui pengalaman bergelar ibu membuatkan dia kini lebih memahami mengapa ada segelintir ibu bapa meletakkan hantaran tinggi buat anak perempuan mereka.

Menurut Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, perasaan itu hadir selepas dia melahirkan dan membesarkan cahaya mata sulungnya iaitu Lyla Mulan Teh.

Katanya, pengalaman menjaga sendiri anak kecil membuka mata mengenai besarnya pengorbanan seorang ibu selain membuatkan dia lebih memahami kebimbangan orang tua terhadap keselamatan dan kesejahteraan anak perempuan mereka.

"Selepas ada Mulan, baru saya faham kenapa mama minta hantaran tinggi. Anak muda, tolong dengar nasihat ibu bapa anda. Tak payah nak 'woke' sangat cakap tak perlu hantaran. 

Perkongsian Atikah yang dimuat naik di Threads miliknya.

Perkongsian Atikah yang dimuat naik di Threads miliknya.

"Kenapa saya cakap macam ni? Hari ini tiba-tiba Mulan naik ruam selepas kena air laut. Rasa nak luruh jantung tengok. 

"Mujur Mulan masih menyusu badan, terus hilang ruam," katanya.

Atikah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

Dalam pada itu, Atikah turut menceritakan beberapa situasi cemas yang dialaminya ketika bercuti di sebuah pusat peranginan di Damai Laut, Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mulan dah sempurna” - Atikah Suhaime tak rancang tambah anak

ARTIKEL BERKAITAN: Anak terjatuh buaian, Atikah Suhaime rasa gagal jadi ibu

"Kedua, Mula menangis waktu malam nampak macam sakit. Jantung saya bagai terhenti lagi. Rupanya lampin penuh, minta tukar. 

"Ketiga, ketika makan saya nampak semut merah merayap dekat tangan Mulan. Sekali lagi jantung saya macam nak berhenti.

"Akhir sekali, ternampak netizen cakap dekat pulau ni ada obor-obor, Padahal dari tadi snorkeling dengan Mulan. Saya rasa macam sakit jantung tau hari ini," ujarnya. 

Meskipun kelihatan tenang berdepan situasi itu, Atikah mengakui hakikat sebenar hatinya penuh dengan rasa cemas dan bimbang.

Disebabkan pengalaman itu jugalah membuatkan dia lebih memahami mengapa seorang ibu begitu melindungi anak perempuan mereka sehingga dewasa.

"Hari ini saja rasa sakit jantung beberapa kali, tapi saya Nampak macam tenang saja padahal dalam otak macam nak gila. 

Atikah (kanan) sentiasa mahukan yang terbaik buat Mulan.

Atikah (kanan) sentiasa mahukan yang terbaik buat Mulan.

"Jadi kalau Mulan tanya saya nanti kenapa mummy minta hantaran tinggi? Bukan mudah nak lepaskan anak perempuan kepada orang lain. 

"Ia bukan kerana jumlah wang tetapi ingat senang ke saya nak lepaskan anak macam tu saja?" katanya. 

Untuk rekod, Atikah bernikah dengan usahawan Datuk Lokman Teh pada 21 Januari 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia setahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain