suria

Mamat kongsi momen Shuib doa untuk Rahim depan Kaabah, Jep tak dilupakan

Mamat (dua dari kanan) menjadi orang tengah memulihkan hubungan Shuib dan Rahim.

PERSAHABATAN yang kembali bertaut antara pelawak Shuib dan Rahim disambut penuh kesyukuran oleh seorang lagi sahabat mereka iaitu Mamat Sepah.

Berkat Tanah Suci, Mamat atau Mohd Noor Murad, 41, mendedahkan Shuib tidak berhenti mendoakan Rahim ketika menunaikan ibadah umrah.

"Walaupun orang Malaysia ni anggap mereka (Shuib dan Rahim) sedang bergaduh, rupanya setiap kali pergi umrah dia akan doakan untuk Rahim. 

Shuib (kanan) tidak berhenti mendoakan Rahim ketika menunaikan ibadah umrah.

"Shuib hantar video dekat saya tunjuk dia doakan Rahim. Dia cakap menangis-nangis depan Kaabah doakan Rahim. 

"Tahun lepas kami pergi umrah sama-sama, dia doakan lagi untuk Rahim. Dia cakap ada doa untuk Jep juga," katanya ketika dihubungi mStar. 

Dalam pada itu, Mamat turut memberitahu detik yang menjadi titik permulaan hubungan mereka kembali pulih apabila dia sendiri meminta Shuib membuat panggilan video kepada Rahim.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima tahun tak bertegur, Shuib dan Rahim akhirnya berdamai... Rindu jadi punca penamat sengketa

ARTIKEL BERKAITAN: “Macam kekasih putus cinta” – Mamat Sepah tak suka dikaitkan dengan Jep Sepahtu

"Semalam (Khamis) saya keluar pergi gunting rambut dengan Shuib. Saya suruh dia buat panggilan video dengan Rahim. 

"Saya kata cuba call tengok berani tak Rahim jawab. Tak sangka Rahim jawab dan kami pun berborak seperti biasa. 

"Bila habis saja call tu, kami rasa tenang," ujarnya. 

Rupanya setiap kali pergi umrah dia akan doakan untuk Rahim. 

MAMAT

PELAWAK

Dalam pada itu,  Mamat berkata faktor usia dan kematangan banyak mengajar mereka untuk lebih menghargai persahabatan berbanding perselisihan yang pernah berlaku sebelum ini.

"Umur kita pun dah berapa. Ini bukan masa untuk kami main-main lagi. Kalau muda-muda dulu mungkin kami tak boleh buat keputusan dengan baik. 

"Kami bukan budak-budak lagi. Kalau tak boleh nak bekerja macam dulu, setidaknya kita jaga silaturahim ini. Itu yang saya tekankan pada Shuib. 

Sengketa Shuib bersama Rahim sudah berakhir.

"Walaupun saya rapat dengan Shuib, saya tak suka nak memaksa dia. Biarlah dia buat dengan seikhlas hati... Bila saya nampak hati dia macam dah terbuka, sebut nama Rahim banyak kali. Saya rasa mungkin dah masanya untuk mereka berbaik," katanya. 

Pada Khamis lalu, Shuib memberitahu hubungannya dengan Rahim kembali jernih selepas lima tahun berselisih faham. 

Kata Shuib, perdamaian itu berlaku secara spontan selepas dia tidak lagi mampu menahan rasa rindu terhadap sahabat lamanya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain