PELAKON Datin Atikah Suhaime memberi bayangan tidak mahu merancang untuk menambah zuriat selepas anak kelahiran anak pertamanya, Lyla Mulan Teh.Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkata dia mengambil masa hampir setahun selepas bersalin untuk menyesuaikan diri dan mencari keyakinan diri. "Saya ambil masa hampir setahun untuk mencari diri semula. Normal ke kalau tak nak ada anak lagi?Perkongsian Atikah di Threads miliknya."Saya rasa Mulan (anak pertama) dah sempurna. Ada tak ibu bapa di sini yang cuma ada seorang anak? Okay ke?," katanya. Atikah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads mililknya pada Rabu.Dalam pada itu, Atikah memberitahu sebelum berkahwin dia pernah berjanji kepada suami, usahawan Datuk Lokman Teh untuk memberikan enam orang cahaya mata. Namun kata pelakon filem My Stupid Boss itu perancangan tersebut mungkin tidak akan berlaku. ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime kecil hati kawan datang rumah tegur tak ‘glowing’, siap bandingkan penampilan wanita hamil lainARTIKEL BERKAITAN: Anak bangun setiap 20 minit, suami Atikah Suhaime rasa sendiri pengalaman berjaga malam"Sebelum kahwin saya janji pada suami nak bagi dia enam orang anak... tak jadilah."Perjalanan selepas bersalin memang bukan main-main," ujarnya. Untuk rekod, Atikah dan Lokman mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2024. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Mulan yang kini berusia setahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube