PERKONGSIAN sebuah agensi pelancongan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen selepas mereka memuat naik ucapan selamat datang kepada usahawan Noor Nabila yang kini sedang bercuti di Bali, Indonesia. Namun, perhatian ramai tertumpu pada kenyataan dalam perkongsian tersebut yang menyebut bahawa Nabila hadir bersama suami. "Selamat datang ke Bali Puan Noor Nabila dan suami dari Malaysia. Percutian Nabila di Bali menarik perhatian netizen."Terima kasih banyak kerana menggunakan perkhidmatan kami semasa percutian anda di Bali. "Kami harap anda menikmati percutian yang indah bersama kami dan berharap dapat bertemu anda lagi," tulisnya. Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rta netizen meluahkan rasa terkejut dan tertanya-tanya mengenai status perkahwinan kakak kepada pelakon dan usahawan Neelofa itu. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki berjambang rangkul pinggang Noor Nabila, netizen usik macam ‘pengantin baharu’ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki berjambang kekasih baharu Noor Nabila, Mr AA 10 tahun lebih muda… “Keluarga dah restu, Alhamdulillah”"Eh bila nikah? Ustaz cakap perkara baik wajin dihebahkan supaya tak timbul fitnah. Apa pun tahniah. "Suami? Eh saya tertinggal bas ke ni?"Nabila dah kahwin ke? Majlis kahwin biasa-biasa saja kot," tulis netizen.Sebelum ini, Nabila atau Noor Nabila Mohd Noor, 41, mencuri perhatian ramai apabila bergambar bersama seorang lelaki berjambang. Menerusi temu bual bersama mStar, Nabila mengesahkan foto jejaka berjambang itu adalah kekasih hati yang sedang dikenali sejak April tahun lalu. Nabila (kanan) sebelum ini mengakui sedang mengenali hati budi seorang lelaki.Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga kali pertama pada Julai 2013, namun perkahwinan tersebut berakhir setahun kemudian. Dia kemudian berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada Mac 2017 sebelum disahkan bercerai pada Julai 2020.Nabila seterusnya bernikah dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Mac 2021, namun perkahwinan itu juga tidak lama bertahan dan berakhir pada tahun berikutnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!