suria

Lelaki berjambang rangkul pinggang Noor Nabila, netizen usik macam ‘pengantin baharu’

Nabila berkongsi foto mesra dia bersama seorang lelaki misteri.

PERKONGSIAN yang dimuat naik oleh usahawan Noor Nabila mencuri tumpuan ramai apabila dia bergambar bersama seorang lelaki berjambang. 

Foto itu turut memperlihatkan lelaki berkenaan merangkul pinggang Nabila sekali gus mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Menerusi hataran berkenaan, lelaki tersebut tampil ringkas mengenakan kemeja putih manakala Nabila memakai gaun berwarna ungu.

Nabila kongsi foto mesra dengan seorang lelaki berjambang.

Nabila berkongsi foto tersebut menerusi hantaran di Instastory miliknya pada petang Rabu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap mereka kelihatan sepadan dan serasi bersama.

Tidak kurang juga yang mula memgusik kakak kepada pengacara Neelofa ini dengan menyifatkan pasangan itu seperti pengantin baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan sebenar dengan Sharnaaz Ahmad terjawab, Noor Nabila sedang kenali seseorang

ARTIKEL BERKAITAN: “Cukup-cukuplah buat berita fitnah, walaupun tiada kena mengena dengan saya” - Noor Nabila

“Sepadan, gembira untuk awak Nabila.

“Selamat pengantin baharu.

“Kita pula yang terlebih teruja tengok ‘pengantin’ ini,” tulis netizen.

Netizen menyifatkan Nabila dan lelaki berkenaan seperti pengantin baharu.

Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga kali pertama pada Julai 2013, namun perkahwinan tersebut berakhir setahun kemudian.

Dia kemudian berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada Mac 2017 sebelum disahkan bercerai pada Julai 2020.

Nabila seterusnya bernikah dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Mac 2021, namun perkahwinan itu juga tidak bertahan lama dan berakhir pada tahun berikutnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain