TERLIBAT sama dalam sebuah produksi drama, pelakon Sharifah Sakinah memuji sikap aktor Aidil Aziz yang dikatakan mudah memberi kerjasama menjayakan karya tersebut. Sakinah juga memberitahu suami kepada aktres Fasha Sandha itu seorang yang menepati masa dan tidak menimbulkan sebarang masalah sepanjang menjalani penggambaran. “Secara jujur, Aidil adalah pelakon paling mudah bekerjasama. Mudah berkomunikasi, mudah berbincang idea, baik hati dan sentiasa menepati waktu.Sakinah puji sikap Fasha dan Aidil.“Tidak sekalipun saya dengar dia merungut,” katanya.Sakinah berkongsi perkara itu di ruangan komen Instagram milik Fasha selepas mereka bertemu dalam satu acara pada malam Selasa.Tambahnya, Aidil juga dilihat lebih selesa mengambil sikap tidak ambil peduli apabila rakan-rakan di set penggambaran bercerita tentang orang lain.ARTIKEL BERKAITAN: Bukan main mesra Sharifah Sakinah peluk Aidil Aziz, netizen kurang senang Fasha Sandha izinkan suami dirangkul wanita lainARTIKEL BERKAITAN: “Individu tepat adalah lelaki yang pandai menjaga ibu dan anak-anaknya” - Sharifah Sakinah“Apabila ada gosip, dia memilih untuk menjauhkan diri.“Dia melayan semua orang dengan penuh hormat. Susah nak jumpa pelakon, terutama hero, tanpa sebarang masalah.“Dia membuatkan seluruh produksi rasa tidak terbeban dan senang bekerja,” ujarnya.Sakinah senang berkerjasama dengan Aidil.Dalam masa sama, Sakinah turut memberi kata-kata pujian buat Fasha yang sentiasa memberi sokongan terhadap suaminya.“Di sebalik ketenangan itu, jelas sekali dia memiliki isteri yang sangat memberi sokongan,” kongsinya.Sakinah dan Aidil bakal tampil dalam sebuah drama baharu berjudul Sujud Terakhir Encik Norman yang dijangka ditayangkan sempena Ramadan di saluran Astro.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube