suria

Bukan main mesra Sharifah Sakinah peluk Aidil Aziz, netizen kurang senang Fasha Sandha izinkan suami dirangkul wanita lain

Kemesraan Fasha (kiri), Aidil dan Sakinah undang rasa kurang senang netizen.

PERKONGSIAN foto mesra pelakon Fasha Sandha bersama suami mengundang kecaman ramai apabila turut memaparkan aktres Sharifah Sakinah yang memeluk Adil Aziz.

Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram itu memaparkan Aidil merangkul erat Fasha dan Sakinah sambil tersenyum ke arah kamera. 

Difahamkan foto berkenaan diambil ketika mereka bertiga menghadiri sebuah acara bagi mempromosikan drama terbaharu lakonan Aidil dan Sakinah berjudul Sujud Terakhir Encik Norman.

Fasha hadir bagi menyokong drama terbaharu Aidil dan Sakinah.

Bagaimanapun kemesraan tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan perbuatan berpelukan bersama suami orang adalah tidak wajar.

Malah mereka juga meluahkan rasa hairan apabila Fasha seakan-akan memberi kebenaran suaminya dipeluk wanita lain.

"Yang post tuan punya badan, jadi dia okay perempuan lain peluk lelaki dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu halal haram, Fasha Sandha terguris ‘mulut bisa’ pempengaruh Islamik berbadan sado.... “Tegurlah dengan berhemah tanpa mengaibkan sesiapa pun”

ARTIKEL BERKAITAN: Klip buka tudung tular, Fasha Sandha kunci mulut... “Banyak kelemahan perlu perbaiki”

"Haram tetap haram, lepas itu jangan pelik kalau kena sondol. Laki orang kau peluk itu, bukan laki orang pun berdosa tau!

"Sakinah jangan biasakan peluk suami orang, Fasha pula jangan terlalu terbuka dengan anggapan awak isteri sporting," antara komen netizen.

Sementara itu, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Fasha berhubung isu berkenaan tidak berhasil apabila pelakon berkenaan memilih enggan memberikan sebarang komen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain