suria

Neelofa lebih tenang tak tunjuk wajah anak, PU Riz tunggu sehingga boleh dakwah

Neelofa dan PU Riz lebih senang ambil pendekatan tidak dedahkan wajah anak.

PENGACARA dan usahawan Neelofa menjelaskan video tular yang memaparkan wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal bukan rakaman baharu. 

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 37, berkata, dia agak terkejut apabila ada pihak kembali memuat naik video anaknya itu di media sosial. 

"Sebenarnya video itu dah lama, ketika Bilal usia dua tahun. Video itu adalah untuk reviu produk dan masih ada di media sosial saya.

Neelofa tidak mahu terlalu berkongsi wajah anak di sosial media. 

"Saya pun tertanya-tanya siapa yang post semua gambar itu," katanya kepada mStar. 

Neelofa ditemui bersama suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz pada majlis tayangan Kandungan Ramadan Astro 2026 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Meskipun jarang mempamerkan wajah anak-anaknya di media sosial, namun dia terbuka untuk orang ramai melihat wajah Bilal dan Abdullah Abbas jika bertemu di tempat awam. 

"Sebenarnya saya gembira bila tidak dedahkan wajah anak sebab orang tak perlu nak komen atau buat perbandingan. Saya pun tak perlu dengar pandangan netizen. Biarlah perkara ini berterusan sampai dia besar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Comelnya Bilal… Neelofa makin terbuka, dah tak tutup wajah anak 

ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz, Neelofa didik anak kenal Tuhan melalui buku sejak kecil

"Kalau keluar kami tak sorok pun. Memang bebas tunjuk wajah anak. Cuma ada sahaja yang tak faham dan saya cakap secara baik agar tidak rakam wajah anak-anak," ujarnya. 

Bersetuju dengan isterinya,  PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 31, menjelaskan dia menunggu masa sesuai untuk mendedahkan secara terbuka wajah kedua cahaya mata mereka di media sosial.  

PU Riz dan Neelofa tunggu masa sesuai untuk lebih terbuka dedahkan wajah anak di media sosial. 

"Tunggulah sehingga dia boleh dakwah. Mungkin ketika itu kami ambil tawaran kerjasama. Tengoklah dahulu bagaimana sebab setiap kanak-kanak berbeza tahap kebolehan bercakap lancar," jelasnya. 

Untuk rekod Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. 

Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Bilal, 4, dan Abbas, 3 tahun. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain