suria

Tak perlu kabur muka, Emma Maembong mengaku pergi kelab malam… “Saya yang masuk dalam keadaan gembira”

Emma masuk kelab dengan kerela hati.

SELEPAS tular rakaman seorang pelakon wanita mengunjungi sebuah kelab malam, aktres Emma Maembong tampil membuat penjelasan menerusi Instagram miliknya.

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, mengakui wanita dalam video berkenaan adalah dirinya dan menjelaskan dia pergi ke sebuah kelab malam di Miri, Sarawak adalah bagi melihat teman lelakinya yang bekerja sebagai DJ di situ.

“Saya tak faham kenapa orang ramai nak over-over keadaan sampai perlu kaburkan muka.

Video Emma masuk kelab tular di media sosial.

“Mudah saja, saya pergi ke Sibu sebab penggambaran muzik video. Kebetulan DJ Kid ada di situ, jadi saya pergi tengok,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram Story.

Menurut Emma, dia hadir ke pusat hiburan tersebut dengan rela hati dan tidak berniat untuk menyembunyikan identitinya daripada orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh video pelakon wanita di kelab malam, tak sombong disapa peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong sanggup belajar bahasa asing demi tembus pasaran antarabangsa... “Sampai bila nak duduk di tempat sama”

Tambahnya, dia juga bersikap terbuka dan sempat beramah mesra bersama peminat yang berada di kelab berkenaan.

“Saya sendiri yang masuk kelab, saya tak pakai pelitup muka atau topi sebab saya memang nak tengok dia ‘spin’.

“Bila orang rakam saya yang lambai orang dengan mesra, saya tahu ramai yang rakam dan saya biarkan perkara itu berlaku,” jelasnya.

Tak perlu kaburkan muka dan tak perlu berteka-teki.

EMMA MAEMBONG

PELAKON

Ujar Emma, situasi itu sama sekali bukan sesuatu yang perlu disorok kerana dia berada di tempat tersebut dalam keadaan selesa dan gembira.

“Benda ini bukan sorok-sorok bawah meja. Lainlah kalau saya terkantoi dan tersebar. Tapi ini memang saya sendiri yang biarkan, tak perlu kaburkan muka dan tak perlu berteka-teki.

“Saya yang masuk dalam keadaan gembira dan ramai yang menjaga saya.

Emma sedia maklum dengan perbuatannya.

“Orang Sibu dan Sarawak sangat sporting. Mereka jaga saya dengan baik,” luahnya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai satu video tular yang memaparkan seorang pelakon berstatus ibu tunggal didakwa mengunjungi sebuah kelab malam di Miri, Sarawak.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna Instagram pada Isnin, video tersebut memperlihatkan aktres berkenaan mengenakan baju tanpa lengan tanpa segan silu berada di lokasi itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain