SELEPAS menahan sakit di bahagian perut hampir dua hari, penyanyi Luqman Faiz terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan bagi mendapatkan rawatan sejak Ahad lalu.Luqman atau nama sebenarnya Luqman Abdul Halim Faiz, 26, berkata doktor mengesahkan dinding perut dan usus besarnya mengalami bengkak, dipercayai berpunca daripada pengambilan makanan pedas dan minuman berkafein ketika perut kosong. Menurut Luqman, insiden itu berlaku ketika dia sibuk bekerja di sebuah festival makanan sehingga terlupa untuk menjamah sebarang makanan sepanjang hari.Luqman sibuk menguruskan festival makanan sehingga lupa makan.“Seharian memang tak makan apa-apa sebab sibuk kerja dekat food fest. Pukul tujuh malam baru teringat nak makan.“Saya minta kawan belikan ayam gepuk yang dijual di situ. Saya makan dengan sambal paling pedas sebab masa itu memang berselera. Lepas itu saya minum kopi latte,” katanya ketika dihubungi mStar.Bagaimanapun, Luqman berkata beberapa jam selepas itu, perutnya mula terasa pedih sekali gus membuatkan dia bimbang akan keadaan kesihatannya.ARTIKEL BERKAITAN: Luqman Faiz dah jumpa jodoh, tak sabar nak tamatkan zaman bujang tahun depanARTIKEL BERKAITAN: Luqman Faiz derita gangguan mistik, sering sakit dan menangis tanpa sebabCeritanya, kesakitan tersebut berlarutan sehingga keesokan hari, namun dia masih gagahkan diri untuk bekerja separuh sebelum pulang berehat di homestay dan kemudiannya pulang ke rumah.“Lebih kurang pukul sebelas malam, perut saya mula rasa pedih-pedih. Tapi pelik sebab saya tak muntah atau cirit-birit, jadi saya rasa ini bukan keracunan makanan.“Dalam kepala saya dah fikir macam-macam, takut ada luka atau pendarahan dalam perut. Sejujurnya, saya memang takut sebab tak pernah dibius sebelum ini.LUQMAN FAIZ PENYANYI“Saya ingat sakit ini akan reda sendiri, tapi lepas sejam baring, sakit masih tak hilang. Akhirnya saya terus ke hospital. Kira-kira dua hari satu malam juga saya tahan sakit itu,” ujarnya.Luqman bagaimanapun bersyukur apabila dia tidak perlu menjalani pembedahan, sebaliknya hanya menjalani prosedur pemeriksaan menggunakan kamera bagi melihat keadaan perut dan usus.Tambah Luqman, keadaan kesihatannya kini semakin beransur pulih, namun pengalaman tersebut benar-benar memberi kesan kepadanya.Luqman semakin pulih selepas menerima rawatan.“Saya masuk bilik pembedahan hanya untuk prosedur masukkan kamera. Kamera dimasukkan melalui mulut dan dari bawah untuk periksa keadaan dalam perut dan usus. Saya ditidurkan masa prosedur itu.“Sejujurnya, saya memang takut sebab tak pernah dibius sebelum ini. Bila dengar perkataan ‘ditidurkan’, terus teringat macam-macam cerita dekat internet. Menggigil juga masa itu,” luahnya.Disebabkan itu, doktor yang merawatnya menyarankan agar dia tidak lagi mengambil makan pedas dan minuman berkafein buat sementara waktu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube