PENYANYI Luqman Faiz mendedahkan dia merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan selepas merasakan kedudukannya kini lebih stabil dari segi kewangan.
Luqman atau nama sebenarnya Luqman Abdul Halim Faiz, 25, berkata keputusannya itu dibuat kerana sudah mempunyai calon yang dirasakan sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.
“Alhamdulillah, kewangan saya sekarang semakin stabil dan Insya-Allah jika ada rezeki, saya mahu berkahwin tahun depan. Calon pun sudah ada.
“Bagi saya, perkara yang baik perlu dipercepatkan,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI


































































































































































