suria

“Saya ada ramai tanggungan” - Mark Adam sertai Gegar Vaganza untuk tambah pendapatan

PENYANYI Mark Adam mendedahkan keputusan menyertai Gegar Vaganza (GV) musim terbaharu dibuat atas beberapa faktor termasuk mahu menambah ilmu dan menjadikan pertandingan itu sebagai platform mencari rezeki.

Menurut Mark, 46, peluang diberikan pihak produksi dianggap rezeki besar buat dirinya memandangkan dunia seni bukanlah mudah untuk diharungi.

“Alhamdulillah bila dijemput, saya terfikir panjang juga. Saya pilih untuk masuk sebab nak belajar balik dan tingkatkan ilmu kerana ini pentas besar.

“Kita ini orang seni, hidup bukan mudah. Tujuan saya masuk ini untuk cari makan. Biasalah ada masa susah, ada masa senang. Tipulah kalau kata tak pernah susah.

“Saya dan isteri ramai tanggungan. Satu di Filipina dan satu lagi di Malaysia. Itu tanggungjawab saya sebagai anak lelaki sulung,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi