suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Dekat luar ramai orang mengarut"... Zul Ariffin tak mahu buang masa pindah Makkah

PELAKON Zul Ariffin sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk memulakan hidup baharu dengan berhijrah dan membuka perniagaan di Makkah.

Namun, menerusi perkongsiannya terbaru, Zul, 38, memberi bayangan seolah-olah perancangan tersebut tidak akan diteruskan.

Jelas Zul, dia kini lebih berhati-hati dalam memilih individu untuk bekerjasama selepas melalui pengalaman kurang menyenangkan.

“Tolak tepi benda itu (bisnes di Makkah). saya tidak mahu bekerjasama dengan orang yang mengarut. Biasalah, dalam hidup ini ada fasa jumpa orang bagus dan mengarut. Saya anggap apa yang berlaku ketika itu adalah jumpa orang mengarut,” katanya kepada mStar.

Zul memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas Majlis Tayangan Filem Malam Terlarang di GSC Mid Valley, pada Selasa.

Mengenai filem tersebut, Zul merupakan salah seorang pelakon yang terlibat bersama dengan Shasha Abedul, Sofia Jane, Sabri Yunus, Normah Damanhuru, Amir Nafis dan ramai lagi.

Filem bergenre seram thriller yang diinspirasikan daripada kisah benar itu bakal ditayangkan di seluruh pawagam bermula 30 Oktober ini.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi