suria

Ijoy rupanya kelakar, mengaku Shiera garang di rumah… “Bini tak bagi berlakon!”

MELIHAT isu rumah tangga membabitkan selebriti, pelakon dan penyampai radio iaitu Sharifah Shahirah menyeru supaya tiada mana-mana pihak mengambil kesempatan berhubung isu berkenaan.

Pesan Shahirah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Shiera, 51, semua pihak harus menjaga aib dan tidak membuka pekung pasangan, sebaliknya cuba selesaikan kemelut rumah tangga itu dengan baik.

“Kami hanya kasihan dan risau tapi kami doakan untuk semua juga semoga semua baik-baik saja, saya rasa macam tidak layak untuk ulas sebab saya sendiri pun sedang jalani ujian seperti orang lain.

“Saya ada anak dan menantu jadi kalau boleh memang tidak mahu bercakap sangat dan jangan provok soal isu rumah tangga ni sebab masing-masing tahu puncanya kerana setiap perkahwinan ada fasanya.

“Perempuan ni ada kalanya emosi jadi kena pandai urus… kalau nak bahagia tu kena belajar reda berbincang dengan baik mungkin ada rezeki lain tapi apa pun elak bercakap soal orang ni lebih baik jaga hal sendiri,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi