PENGACARA dan penyampai radio, Elly Arffin tampil memberikan reaksi terhadap teguran segelintir pendengar yang kurang senang dan menganggap suaranya kedengaran agak bingit ketika menjadi penyampai di Suria FM.
Mengulas perkara itu, Elly atau nama sebenarnya Nurul Elyana Kamalul Ariffin, 35, berkata dia tidak ambil hati dengan kritikan itu sebaliknya menganggap ia sebagai peluang untuk memperbaiki cara penyampaiannya agar lebih selesa didengari pada masa akan datang.
“Saya faham mengenai teguran itu malah setiap radio pun ada cara sendiri jadi sebelum nak menyertai Suria FM saya sudah buat kajian mengenai pendengar dan radio ini sendiri.
“Saya terima segala teguran itu dengan lagipun saya ni jenis orang mudah terhibur jadi bila bergandingan dengan pelawak jadi bila Fad dan Ajak buat kelakar jadi saya gelak.
“Orang tak tahu apa yang berlaku jadi mungkin berlaku salah faham, saya akan memperbaiki diri dan ambil maklum segala komen itu untuk menambahbaik cara penyampaian saya nanti,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































