SEBAGAI bapa kepada dua orang anak perempuan, pelakon dan pengacara popular Awal Ashaari mengakui isu buli yang semakin berleluasa di sekolah kini cukup meresahkan fikirannya.
Dalam hal ini, Awal berharap pihak berkuasa dapat mencari jalan terbaik bagi membendung gejala tersebut daripada terus berleluasa.
“Kes buli ini sangat mengganggu saya. Pada saya, pihak yang lebih berkuasa harus perketatkan lagi peraturan supaya gejala ini tidak lagi berleluasa.
“Kalau ada kes, kena selesaikan iaitu dengan beri pengajaran yang setimpal supaya ia tidak diulangi dekat tempat lain.
“Ada kebarangkali terjadi dekat anak saya juga, terutama sekali anak selebriti yang sering dibanding-bandingkan,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































