suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dah ada tiga anak tiri, Sarah Suhairi belum sedia timang cahaya mata

PENYANYI Sarah Suhairi mengakui kariernya sedikit perlahan selepas mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu.

Sarah 25, berkata keadaan itu berpunca daripada kesibukannya menguruskan kehidupan baharu sebagai isteri dan ibu kepada tiga anak tiri.

“Ya, memang tidak dinafikan (karier semakin suram). Selepas berkahwin ini, saya sibuk dengan kehidupan (peribadi). Saya pun sendiri ambil masa untuk kehidupan baru ini.

“Kini saya mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, tetapi doakan untuk projek baru saya yang akan keluar pada tahun depan,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, ditanya mengenai perancangan keluarga, Sarah memaklumkan dia masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata sulung.

“Setakat ini belum lagi (dalam masa terdekat). Saya belum bersedia lagi untuk menimang cahaya mata. Namun, kalau ada rezeki, kami terima dengan hati yang terbuka,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi