PENYANYI Ameng Spring memberi lebih kebebasan kepada anaknya iaitu Ammar Haikal untuk menentukan haluan hidupnya selepas usia mencapai 18 tahun.
Kata Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 56, dia bagaimanapun akan tetap memantau pergerakan serta aktiviti harian anaknya agar tidak terjebak dengan perkara negatif.
“Saya dengan anak memang berikan kebebasan dan tak pernah nak memaksa anak, saya akan pantau tapi hanya sekadar segi keselamatan saja kalau boleh tak mahu pergi ke tempat bahaya.
“Saya lagi suka kalau anak saya berdikari sendiri sebab saya sendiri dulu pun semuanya buat sendiri seperti cari lagu sendiri, urus diri sendiri… saya akan jadi pemerhati dan penasihat buat Ammar saja.
“Kalau pantau kerjaya mungkin daripada segi duit pendapatan saja, risau Ammar masih muda takut dia boros pula nanti dengan duit tu,” katanya kepada mStar.
Sementara itu, Ammar menafikan dakwaan menjalinkan hubungan istimewa dengan anak Sharifah Shahirah iaitu Auddra Zulkifli selepas menyertai Talk To My Manager.
“Saya dengan Oddah tidak bercinta dan tidak akan berlaku sama sekali sebab saya dengan Oddah macam kawan baik saja ,” ujarnya.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































