PELAWAK Man Raja Lawak mendedahkan dia terpaksa menaikkan semula berat badannya kepada 90 kilogram selepas menerima tawaran untuk menjayakan watak komedi.
Menurut Man atau nama sebenarnya Abdul Rahman Kassim, 48, permintaan itu dibuat oleh pihak produksi yang berpendapat penampilannya akan kelihatan lebih lucu dengan tubuh berisi berbanding badan kurus dan sasa sebelum ini.
“Saya terpaksa gemukkan badan balik sebab ada permintaan untuk berlakon watak komedi, pihak produksi cakap saya nampak lebih kelakar bila gemuk berbanding bertubuh sasa.
“Perancangan asalnya nak jual ubat kurus jadi dah alang-alang dapat tawaran berlakon dan sekarang sertai program komedi pula jadi teruskan saja badan macam ni.
“Saya ambil masa setahun untuk gemukkan kembali badan ini dan sekarang berat dalam 90 kilogram macam tu daripada 60 kilogram sebelumnya,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































