suria

Bukan sombong tapi Farid Along serius ketika di luar.. Orang kampung bangga masuk TV

GARA-GARA dilihat agak pendiam dan kurang mesra apabila bertemu orang ramai di luar televisyen, personaliti media sosial Farid Along dituduh sombong.

Menafikan dakwaan itu, Farid atau nama sebenarnya Muhammad Farid Bun Tapa, 37, memberitahu dia seorang yang pemalu dan lebih selesa berdiam diri apabila berdepan dengan orang yang tidak dikenalinya.

Dalam hal ini, Farid berharap agar orang ramai tidak salah tafsir sikapnyakerana dia bukan cuba berlagak, sebaliknya memang memiliki peribadi yang pendiam dan sederhana sejak dahulu lagi.

“Sebenarnya saya orang yang straight to the point macam kalau orang tak mulakan perbualan dulu jadi saya tak akan mula.

“Bukan seorang yang sombong tapi saya sejenis yang ada masanya saja akan borak, kadang-kadang bila saya terjumpa dengan pengikut saya ada yang cakap saya sombong… sebenarnya tidak pun.

“Sama juga macam pelakon bila dalam drama lain tapi diluar lain pula karekternya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi