suria

Muda lagi! Auddra tak terfikir bercinta, peminat pula mahu jodohkan dengan Hadie

ANAK kepada pengacara dan pelakon Sharifah Shahirah iaitu Auddra Zulkifli menafikan dakwaan kononnya mempunyai hubungan istimewa bersama anak Ina Naim iaitu Hadie.

Tegas Auddra atau mesra panggila Oddah, 16, berkata tiada hubungan istimewa antara mereka tetapi hanya selesa sebagai kawan baik sejak menyertai program Talk To My Manager.

“Biasalah perkara itu sebab netizen memang tak boleh tengok bila lelaki dan perempuan rapat jadi mesti timbul pelbagai gossip kan.

“Saya dengan Hadie atau Ammar kawan baik dan kami sangat rapat jadi orang mungkin salah faham dengan kami… tak apa lagipun orang suka kan tengok kemesraan bila kami bila dalam video.

“Kami masih muda jadi tak mungkin untuk ada hubungan istimewa dan belum terfikir ke arah itu lagi,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi