suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jamal Abdillah pertikai Yamani Abdillah jadi gitaris, mahu anak ketengahkan bakat suara

MEMILIH untuk menjadi pemain gitar berbanding vokalis dalam kumpulan Cherry On Top, penyanyi Yamani Abdillah mendedahkan dia pernah mendapat tentangan daripada bapanya iaitu Datuk Jamal Abdillah mengenai perkara tersebut. 

Menurut Yamani atau nama sebenarnya Osama Yamani Jamal Ubaidillah, 24, biarpun keputusan itu tidak mendapat restu daripada bapanya, namun dia enggan menjadikannya sebagai penghalang.

“Baba ada berikan dorongan dan nasihat untuk kumpulan Cherry On Top ini namun daripada jauh. Dia minta untuk kumpulan ini pergi lebih jauh lagi. 

“Namun sebelum ini dia pernah mempertikaikan keputusan saya jadi gitaris dan minta untuk jadi penyanyi sebab saya ada bakat suara. 

“Tengoklah macam mana satu hari nanti mungkin ada peluang untuk saya kembali sebagai penyanyi semula atau berduet ke, itu memang ada dalam perancangan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi