TERKEJUT dengan luahan pelakon Syafi Tee, aktres Sharifah Rose menjelaskan dia lebih selesa untuk mengekalkan hubungan sekadar rakan dalam industri seni sahaja.
Sharifah Rose atau mesra disapa Rose, 27, berkata dia lebih cenderung untuk mempunyai pasangan yang bukan daripada bidang lakonan.
“Saya sebenarnya tidak begitu mengenalinya, hanya pernah berjumpa di set penggambaran sahaja. Saya selesa dan menganggap dia sebagai rakan industri sahaja, tidak lebih daripada itu.
“Saya memang tidak bercadang atau berhasrat untuk mencari pasangan dalam kalangan pelakon. Saya mahukan lelaki di luar bidang ini. Semua orang tahu bidang lakonan ada pasang surut, jadi saya inginkan lelaki yang stabil,” katanya kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, Rose bakal membintangi drama Akasia Doa Yang Terlindung yang dijangka bakal ditayangkan tahun depan di TV3.
Selain Rose, pelakon lain yang turut membintangi drama tersebut adalah Fasha Sandha, Firdaus Karim dan Nafiz Muaz.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI


































































































































































