PELAKON Datuk Remy Ishak dilaporkan mengalami keretakan tulang rusuk selepas terlibat dalam satu kemalangan kecil di set penggambaran filem terbaharu lakonannya di Kota Tinggi, Johor, awal pagi Rabu.Pengurus Remy, Azlin Abas memaklumkan keadaan aktor itu bagaimanapun stabil dan kini sedang menerima rawatan di sebuah pusat kesihatan. “Salam, Remy mengalami keretakan tulang rusuk akibat insiden kecil di set penggambaran.Tulang rusuk Remy retak selepas terlibat insiden kemalangan kecil di set penggambaran.“Dia kini menerima rawatan perubatan yang sewajarnya dan berada dalam keadaan stabil. Terima kasih atas pemahaman serta keprihatinan semua,” katanya.Azlin berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instastory miliknya pada petang Rabu.Difahamkan, Remy telah menjalani imbasan di sebuah hospital dan akan meneruskan pemeriksaan lanjut di hospital swasta bagi memastikan keadaannya benar-benar selamat.Sekiranya tiada komplikasi serius, Remy dijangka akan kembali menyambung penggambaran selepas pulih sepenuhnya.ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-tiba rasa renjatan elektrik di dada, Remy Ishak ‘serah’ diri ke hospitalARTIKEL BERKAITAN: Tak kedekut beri upah lebih, isteri Remy Ishak percaya ‘babysitter’... Satu keluarga selesaPelakon itu kini sedang menjalani penggambaran filem Takluk 2: OP Daulat yang di Johor. Sebelum itu, isteri kepada Remy iaitu Datin Ezza Yusof turut memohon doa orang ramai menerusi satu hantaran di Threads miliknya agar suaminya berada dalam keadaan baik selepas terlibat dalam insiden berkenaan.“Doakan suami saya, Remy Ishak yang terlibat dalam kemalangan di set penggambaran.“Semoga dia cepat sembuh dan dapat bekerja semula seperti biasa,” tulisnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube