suria

Tiba-tiba rasa renjatan elektrik di dada, Remy Ishak ‘serah’ diri ke hospital

Remy dinasihatkan untuk mendapatkan rehat yang mencukupi.

PELAKON Datuk Remy Ishak terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan selepas bahagian dadanya tiba-tiba berasa tidak selesa ketika bersenam pada Sabtu.

Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, 43, berkata ketika kejadian dadanya seperti terkena renjatan elektrik sebanyak tiga kali.

"Masa tengah latihan super saturday tadi tiba-tiba macam ada elektrik shot dekat kawasan dada, tiga kali," katanya.

Remy kongsi keadaannya di hospital.

Remy berkongsi perkembangan kesihatannya di Instastory miliknya dan memaklumkan sudah berada di hospital untuk pemantauan selanjutnya. 

Menurutnya, dia mengakui panik, namun cuba menenangkan diri dengan mengawal pernafasan sebelum meneruskan dan menghabiskan sesi senaman tersebut.

Bagaimanapun, demi keselamatan, dia mengambil keputusan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak kedekut beri upah lebih, isteri Remy Ishak percaya ‘babysitter’... Satu keluarga selesa

ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak kecewa ramai pelakon tak serius, pesan jangan kejar populariti… “Kalau nak terasa, silakan”

"Panik sekejap tapi berjaya kawal nafas dan habiskan sesi workout hari ini. Pergi hospital buat check up,” katanya. 

Dalam nada berseloroh, Remy berkata doktor yang merawatnya sempat bergurau mengatakan dia seolah-olah mendapat ‘kuasa baharu’.

Namun begitu, dia turut dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang mencukupi.

 "Doktor kata saya dapat kuasa baru, tenaga itu tengah mengalir dalam badan.  Cuma satu dia pesan kena banyak rehat," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain