PENYANYI Irfan Haris memberitahu kehidupannya sedikit berubah selepas kakaknya, Amira Othman mendirikan rumah tangga.
Menurut Irfan, 24, dia kini lebih kerap pulang ke Johor setiap kali mempunyai masa terluang kerana tidak sanggup tinggal bersendirian di Kuala Lumpur (KL).
"Kalau korang nak tahu kehidupan saya selepas Kakya (panggilan Amirah) kahwin, kalau jadual kosong saja saya akan lari balik Johor sebab tak sanggup seorang diri dekat KL," katanya.
Perkongsian Irfan mencuri perhatian ramai.
Irfan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Sabtu.
Luahan penyanyi lagu Redha itu mencuri perhatian kerana ramai yang memahami keakraban hubungan adik-beradik itu, lebih-lebih lagi Irfan masih menyesuaikan diri dengan perubahan selepas kakaknya berkahwin.
ARTIKEL BERKAITAN: Irfan Haris nampak perubahan Amira sejak kahwin Fattah, lebih ‘happy’ muka berseri-seri
ARTIKEL BERKAITAN: “Cepat atau lambat itu rezeki”... Fattah Amin dan Amira Othman ulas isu sedang hamil
Sebelum ini, Irfan dan Amira sering dilihat bersama dalam urusan kerja mahupun kehidupan seharian.
Untuk rekod, Amira mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fattah Amin pada 14 September lalu dalam majlis tertutup penuh indah di sebuah resort mewah di Sepang, Selangor.
Pasangan itu kemudian mengadakan majlis resepsi di Johor dan Kuala Lumpur dengan dihadiri ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


