suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dayana Roza tegur netizen suka label artis bila berpisah… “Padahal di mahkamah penuh orang bercerai”

Dayana mempersoalkan reaksi segelintir netizen terhadap penceraian artis.

PELAKON Dayana Roza tampil bersuara mengenai sikap segelintir netizen yang mudah melabel dan menghakimi artis apabila berlaku perceraian. 

Dayana atau Nur Dayana Kamsun Baharin, 34, berkata golongan artis sering menjadi sasaran kecaman walaupun realitinya isu perceraian berlaku dalam semua lapisan masyarakat.

"Bila artis bercerai mereka (netizen) labelkan 'artis memang suka bercerai', padahal dekat mahkamah bukan main penuh lagi orang cerai," katanya. 

Perkongsian Dayana di Threads miliknya.

Dayana berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

Dalam masa sama, Dayana turut mempersoalkan sikap netizen yang sering meletakkan artis dalam situasi serba salah ketika membuat sebarang tindakan. 

"Bila artis cerai gaduh-gaduh, kecoh-kecoh buka aib masing-masing suruh diam, bila cerai diam-diam tak kecoh tak buka aib mereka kata 'perempuanlah itu salah sebab senyap'. 

ARTIKEL BERKAITAN: Jodoh tak panjang, Dayana Roza sah bercerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: Cepatnya berpisah... Janji sehidup semati tak bertahan, artis 2025 satu demi satu bercerai

"Tapi bila tengok gambar profil masing-masing, luaran tak mencerminkan mulut puaka itu. Jangan seronok sangat, berdosa kalau fitnah ya," katanya. 

Sebelum ini, Dayana mengesahkan rumah tangganya bersama usahawan A'dale Adham Ayahudin berakhir apabila bercerai talak satu pada 18 Disember lalu. 

Kata Dayana, kehadirannya ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak pada tarikh berkenaan adalah untuk menyelesaikan urusan perceraian tersebut. 

Untuk rekod, Dayana dan A'dale Adham bernikah pada 25 Disember 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Astrid Raheeya, 4, dan Aryan Andika yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain