suria

Perubahan penampilan Nana Sheme cetus tanda tanya, netizen harap terus istiqamah pakai tudung

Penampilan terbaharu Nana mengejutkan ramai peminat.

PENAMPILAN terbaharu penyanyi Nana Sheme mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat apabila dilihat hanya memakai topi dan menampakkan bahagian lehernya. 

Menerusi perkongsian di TikTok, Nana atau Nur Nabilah Hashimi, 30, memuat naik gambar dirinya dengan kapsyen ringkas mengucapkan selamat tinggal untuk tahun 2025.

“Selamat tinggal 2025, kau tahun yang paling teruk," katanya. 

Peminat mendoakan agar Nana kekal istiqamah.

Peminat mendoakan agar Nana kekal istiqamah.

Kapsyen tersebut nyata menarik perhatian ramai, bukan sahaja kerana luahan perasaannya, malah terkejut dengan penampilan penyanyi berkenaan yang berbeza daripada kebiasaan. 

Rata-rata peminat meluahkan rasa bimbang dan tertanya-tanya mengenai perubahan tersebut yang sebelum ini dikenali dengan imej bertudung.

"Seriuslah, dah buka tudung ke? Kita minat akak (Nana) tau. 

ARTIKEL BERKAITAN: Berat naik 11 kilogram selepas kahwin, azam tahun baharu Nana Sheme nak kuruskan badan

ARTIKEL BERKAITAN: Nana Sheme sah bergelar isteri produser muzik dengan sekali lafaz 

"Apa sudah jadi, kenapa nak buka tudung dah ke? Semoga terus istiqamah. 

"Jaga diri, kuat semangat," tulis netizen. 

Sebelum ini, Nana dikenali sebagai penyanyi berhijab sejak kemunculannya dalam industri seni pada tahun 2014.

Penyanyi lagu Hantu Atau Buaya itu juga tidak pernah terpalit dengan sebarang kontroversi, namun penampilan terbaharunya kali ini nyata mengejutkan ramai peminat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain