suria

“Kemasukan bekas ahli Wings dalam Barbarik berlaku secara spontan”– JoBranko

JoBranko anggap kehadiran anggota lama Wings ke Barbarik sebagai perkara yang berlaku dengan spontan.

KEHADIRAN empat bekas anggota Wings dalam kumpulan Barbarik bukan sesuatu yang dirancang sejak awal, sebaliknya berlaku secara spontan.

Menurut gitaris Barbarik, JoBranko atau Abdul Zamin Abdul Kadir, 56, dia melihat gabungan itu sebagai satu perkara positif buat industri muzik rock tanah air.

“Sebenarnya perkara ini memang jadi sendiri dan saya rasa ia bagus untuk industri seni,” katanya kepada mStar.

Barbarik bersama lima pemuzik undangan bagi konsert mereka.

JoBranko berkongsi perkara itu ketika mengulas soal kehadiran figura-figura lama Wings seperti Eddie, Black, Jojet dan Mel dalam barisan Barbarik.

Gitaris itu turut menjelaskan, penyatuan tersebut membuka ruang kepada peminat untuk ‘throwback’ muzik rock era terdahulu yang pernah menjadi nadi utama industri hiburan tempatan.

Dalam masa sama, JoBranko turut menepis tanggapan segelintir pihak yang menganggap genre rock semakin pudar dan tidak lagi relevan. 

Bagi Jobranko, persepsi sedemikian perlu diperbetulkan kerana rock masih mempunyai tempat dan peminat tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Setiap manusia ada had” – Black, Eddie buka cerita pengunduran daripada Wings 

ARTIKEL BERKAITAN: Barbarik terima sambutan luar biasa, 2,700 peminat gegarkan Zepp KL

“Kalau tak berlaku perkara begini, rock ini hambar. Kalau boleh saya nak buat tanggapan orang yang kata genre rock dah mati itu salah,” ujarnya.

Dalam masa sama, JoBranko menegaskan Barbarik tidak pernah meletakkan muzik sebagai medan pertandingan. 

Sebaliknya, fokus utama adalah pada kejujuran dalam berkarya.

“Tiada nak bertanding dengan sesiapa. Muzik bukan macam sukan, tetapi kami ingin menghasilkan karya yang penting dengan sentuhan pemuzik,” jelasnya.

Pentas Barbarik Vol 2 akan berlangsung pada 31 Januari 2026.

Tambah JoBranko, Barbarik mahu terus menghasilkan muzik yang jujur, berjiwa dan mampu meninggalkan kesan kepada pendengar tanpa perlu terikat dengan trend semasa.

Kehadiran semula nama-nama besar dalam kumpulan tersebut dilihat sebagai satu suntikan nostalgia, sekali gus membuktikan muzik rock masih bernyawa dan terus relevan sehingga kini.

Dalam perkembangan lain, konsert Pentas Barbarik Volume 2 bakal diadakan di Mega Star Arena, pada 31 Januari 2026.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain